BANGI, Rabu – Ketiadaan imej masjid dalam montaj video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dilancarkan baru-baru ini mengundang tanya tanya, kata Naib Presiden BERSATU Datuk Dr Radzi Jidin.
Justeru, Ahli Parlimen Putrajaya itu menggesa supaya perkara ini dijelaskan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
“Dah tengok montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026?
“Ada yang tanya saya, kenapa tak ada masjid dalam video montaj Tahun Melawat Malaysia 2026?
“Tapi rumah ibadat yang lain ada?
“Emmm.. Menteri Pelancongan kena jawab ini,” kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, beliau memuat naik montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 yang disiarkan oleh Tourism Malaysia.
Majlis pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di Sepang, kelmarin disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disertai kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment