NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gesaan sebat terbuka beri kesan buruk kepada PN Sabah, dakwa pemimpin Bersatu


Pesalah khalwat berulang disebat enam kali di depan 90 saksi di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, 27 Dis lalu. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA
Seorang pemimpin Bersatu Sabah bimbang kesan buruk kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRN jika gesaan memperkenalkan hukuman sebat secara terbuka terus disuarakan termasuk di negeri itu.

Setiausahanya Yunus Nurdin berkata, hukuman itu tidak sesuai dilaksanakan di Sabah berdasarkan pecahan populasi dan kepelbagaian etniknya, sambil berharap pemimpin PN lebih fokus kepada isu dekat dengan rakyat negeri seperti tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, PN memerlukan sokongan semua lapisan masyarakat termasuk bukan Islam jika mahu menawan sebahagian besar daripada 73 kerusi pada PRN, dijangka tidak lama lagi.

“Jadi kita nak kurangkan risiko atau isu boleh jejaskan sokongan rakyat terutama golongan bukan Islam, jangan timbul (isu sebatan terbuka) untuk Sabah dan Sarawak kerana akan ada impak tak bagus untuk PN,” kata ketua Bersatu Libaran kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin minggu lalu supaya semua negeri mengikut jejak Terengganu, memperkenalkan hukuman sebat secara terbuka bagi kesalahan syariah tertentu.

Hashim berkata demikian susulan seorang pesalah khalwat berulang, Affendi Awang, 42, disebat enam kali, di depan 90 saksi di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, 27 Dis lalu.

Hukuman itu dikecam pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menuduh Mahkamah Syariah Terengganu melangkaui bidang kuasanya.

Yunus yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, perjuangan PN di Sabah sepatutnya tertumpu kepada tuntutan MA63 yang dipersetujui oleh Pengerusi Muhyiddin Yassin pada perhimpunan Bersatu, bulan lalu sebagai antara intipati manifesto PN pada PRN.

“Baik kita perjuangkan MA63 termasuk tuntutan 40% hasil daripada perkara tidak sesuai dilaksanakan di Sabah (hukuman sebatan secara terbuka),” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan berkata gesaan Hashim hanya bersifat cadangan dan pandangan awal berdasarkan situasi di Terengganu.

“Ia bukan polisi (dasar) lagi,” katanya menegaskan perkara itu tidak berkait isu politik kerana sudah ada hukuman sebat dalam Kanun Enakmen Jenayah Syariah Sabah.

Semakan di Facebook Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah mendapati agensi itu ada menjalankan hukuman sebatan di luar penjara iaitu di Masjid Al Kauthar, Tawau pada 19 Julai tahun lalu membabitkan 12 pesalah.

Bagaimanapun, hukuman itu disaksikan 90 orang daripada 32 agensi kerajaan, bukan di khalayak seperti dalam kes Affendi.



Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo