NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Eksport minyak sawit negara susut 9.97% pada Disember





KUALA LUMPUR
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember lepas menyusut 9.97% kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam laporan prestasi industri pada Disember 2024, MPOB berkata, pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) bagi bulan tersebut merosot 8.30% atau 134,508 tan kepada 1.49 juta tan daripada 1.62 juta tan pada November.


Pengeluaran isirung sawit menurun 6.84% bulan ke bulan kepada 336,618 juta tan pada Disember daripada 361,340 tan pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran minyak isirung sawit mentah menyusut 10.98% kepada 156,927 tan daripada 176,292 tan pada November, manakala hampas isirung sawit merosot 12.31% kepada 172,830 tan daripada 197,095 tan.

Dari segi inventori, agensi itu melaporkan stok MSM menurun 1.45% kepada 894,321 tan berbanding 907,494 tan pada November.

Simpanan stok minyak sawit yang diproses menurun 12.25% kepada 814,426 tan daripada 928,147 tan pada bulan sebelumnya manakala jumlah stok minyak sawit merosot 6.91% kepada 1.71 juta tan daripada 1.84 juta tan pada November.

MPOB berkata, penurunan ketara dalam eksport minyak isirung sawit sebanyak 11.65% kepada 95,918 tan pada Disember daripada 108,568 tan pada November.

Eksport hampas isirung sawit menyusut 8.90% kepada 177,553 tan pada Disember daripada 194,901 tan pada bulan sebelumnya.


Selain itu, eksport oleokimia pada Disember menurun sedikit kepada 223,447 tan, susut 0.38% daripada 224,290 tan pada November.

Bagaimanapun, eksport biodiesel melonjak 29.69% kepada 15,231 tan daripada 11,744 tan pada November.

MPOB melaporkan import MSM sifar pada Disember manakala import minyak isirung sawit melonjak 139.50 % kepada 20,291 tan daripada 8,472 tan pada bulan sebelumnya.



Sumber | FMT Malaysia









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo