BANGI, Khamis – Persoalan yang dibangkitkan mengenai ketiadaan imej masjid dalam montaj Tahun Melawat Malaysia 2026 bukan tindakan yang ekstrim, kata peguam Lukman Sheriff Alias.
Beliau berkata, rata-rata pengunjung dari seluruh dunia sedar bahawa Malaysia merupakan negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam serta hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Menurut Lukman, montaj mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang tidak memaparkan imej masjid namun terdapat rumah ibadat agama lain sama ada secara tidak sengaja, tetap memberi gambaran terhadap penolakan Islam sebagai identiti utama negara ini.
“Kalau ini sengaja dibuat begitu, ia sudah sungguh tidak betul, tetapi kalau tak sengaja, iklan ini jelas tak iktiraf Islam ada identiti utama negara dan kita sepatutnya tak perlu malu dengan ini.
“Tunjukkan kita amal islam secara terbuka dan toleran.
“Apa salahnya kita galakkan pelancong melawat Masjid Negara, Masjid Ubudiyyah, Masjid Putra dan sebagainya,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, Lukman menyifatkan tuduhan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang melabel pihak mempersoalkan isu ini sebagai ekstremis adalah tindakan yang tidak wajar.
Katanya, pendekatan mengkategorikan muslim sebagai ekstrim adalah pendekatan islamofobik dan tidak patut diamalkan di Malaysia.
“Bila terperangkap, YB (King Sing) bukan nak mengaku tak betul tetapi menuduh pula orang yang menyoal ini sebagai ekstremis.
“Sebenarnya pendekatan beliaulah yang ekstrim. Menyoal kandungan iklan ini adalah satu yang sah dan tidak ekstrim,” tegas beliau.
Mengulas lanjut, Lukman berkata, jawpaan King Sing yang menyatakan identiti masjid akan dimasukkan dalam video panjang adalah ‘melucukan’.
Beliau meluhat jawapan yang diberikan King Sing seperti cuba mengelak daripada isu dibangkitkan, malah mengundang lebih banyak persoalan.
“Kalau boleh masuk dalam video panjang, kenapa tak boleh masuk video pendek?
“Dan kalau sesiapa mahukan identiti Islam adalah ekstrimis, kenapa pula bila dia memasukkannya ke dalam video panjang tak ekstrim? Dah tak betul ni,” tambahnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment