NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

China kini dilanda virus HMPV




BEIJING, 3 Rejab – China kini berhadapan dengan penularan virus baharu, Human Metapneumovirus (HMPV), yang semakin merebak dan menyebabkan simptom mirip selesema dan COVID-19.

 

Penularan virus ini berlaku lima tahun selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.

 

Laporan dan perkongsian di media sosial menunjukkan bahawa virus HMPV sedang merebak dengan pantas, malah ada yang mendakwa bahawa hospital-hospital kini mengalami tekanan yang luar biasa.

 

Video yang dikongsi menunjukkan keadaan sesak di hospital dengan beberapa pengguna mendakwa pelbagai virus, termasuk Influenza A, HMPV, Mycoplasma pneumoniae, dan COVID-19 sedang merebak.

 

Terdapat juga dakwaan bahawa China telah mengisytiharkan darurat berikutan penularan virus ini, namun perkara tersebut masih belum disahkan.

 

HMPV didakwa menyebabkan simptom mirip selesema dan turut boleh menyebabkan gejala yang hampir sama dengan COVID-19.

 

Dalam satu hantaran di media sosial oleh akaun X yang dikenali sebagai ‘SARS-CoV-2 (Covid-19)’, ia menulis: “China sedang menghadapi lonjakan pelbagai virus, termasuk Influenza A, HMPV, Mycoplasma pneumoniae, dan Covid-19, yang membebankan hospital.

 

Sementara itu, laporan Reuters menyatakan bahawa pihak berkuasa kawalan penyakit China pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa mereka sedang menguji sistem pemantauan untuk pneumonia yang tidak diketahui puncanya, dengan kes-kes penyakit pernafasan dijangka meningkat sepanjang musim sejuk ini.









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo