NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chegubard lapor polis, lima individu disyaki sorok titah adendum





BANGI, 8 Rejab — Aktivis politik Chegubard hari ini membuat laporan polis terhadap pemimpin kanan kerajaan yang disyaki menyembunyIkan titah adendum.

 

Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin berkata, laporan itu dibuat selepas Mahkamah Rayuan pada Isnin membenarkan permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. 

 

“Saya dengan ini mendesak disiasat semua anggota majlis dan mereka yang saya syak terlibat menderhaka menyembunyikan. 

 

“Hukuman bagi mereka yang terlibat dalam menyembunyikan atau tidak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong boleh dikaitkan dengan Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu pengkhianatan terhadap negara. 

 

“Tindakan menyembunyikan atau mengabaikan titah Agong yang berkaitan dengan pengkhianatan negara boleh dikenakan hukuman berat termasuk penjara seumur hidup  atau hukuman mati,” katanya. 

 

Ketua Bahagian BERSATU Port Dickson itu membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

 

Turut dinamakan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa dan bekas peguam negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. 

 

Chegubard berkata pengkhianatan terhadap titah adendum mampu menggugat kestabilan kerajaan atau keselamatan negara yang mungkin termasuk usaha menyembunyikan atau mengabaikan titah Agong. 

 

Katanya, individu yang menyembunyikan atau tidak mematuhi titah Agong yang berkaitan dengan tugas Perlembagaan boleh dianggap melanggar prinsip raja berperlembagaan dan undang-undang negara. 


Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo