NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Budaya sambutan tahun baharu perlu dinilai semula – Pemuda ISMA




BANGI, Jumaat – Insiden kematian empat individu yang menghadiri konsert sambutan ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya baru-baru ini perlu dijadikan iktibar kerana ia bukti jelas tentang cabaran serius yang dihadapi generasi muda Malaysia hari ini.

 

Justeru, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyarankan budaya sambutan tahun baharu yang melampau perlu dinilai semula agar ia selari dengan nilai murni serta matlamat pembangunan negara.

 

Ketua Biro Pemuda ISMA, Mohammad Riduan Muhammad berkata, sambutan tahun baharu sepatutnya menjadi medan untuk memperbaharui azam dan tekad bagi membina kehidupan yang lebih baik, namun malangnya, ia bertukar menjadi medan hiburan melampau yang merosakkan jiwa anak muda.

 

Beliau berkata, hiburan melampau tidak membawa sebarang manfaat kepada anak muda apabila ia tidak mendidik jiwa golongan ini untuk kebaikan.

 

Katanya, ia sebaliknya menjadi ruang untuk budaya hedonisme yang merosakkan akhlak dan jati diri.

 

“Konsert melibatkan artis luar negara sering membawa masuk budaya asing yang bertentangan dengan nilai tempatan.

 

“Pemuda ISMA menyeru agar pihak berkuasa menghentikan penganjuran konsert-konsert ini yang ternyata membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat kepada masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Kelmarin, polis Selangor mengesahkan menerima laporan kematian empat individu yang menghadiri konsert ambang tahun baharu Pinkfish Countdown di Bandar Sunway yang mana pihak menganjur turut menyatakan insiden itu berlaku di luar premis konsert.

 

Menurut laporan media, semua mangsa dipercayai mengambil pil dadah jenis ekstasi.

 

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, pihak polis masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan perkara itu termasuk punca sebenar kematian.

 

Dalam pada itu, Pemuda ISMA turut menyeru kerajaan dan pihak berkuasa untuk bertindak lebih agresif dalam membanteras pengedaran dadah termasuk mengenakan hukuman berat kepada kartel-kartel dadah demi memutuskan rangkaian jenayah itu.

 

“Pengambilan dadah terlarang seperti ekstasi telah lama memusnahkan masa depan generasi muda.

 

“Peristiwa ini membuktikan betapa mudahnya bahan terlarang ini diperoleh anak muda, menjadikan mereka mangsa kepada jenayah dadah,” tambahnya.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo