BANGI, Jumaat – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang, Chua Yee Ling dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Tourism Selangor baharu berkuat kuasa semalam.
Chua menggantikan Azrul Shah Mohamad yang telah berkhidmat sebagai CEO Tourism Selangor selama lima tahun sejak Januari 2020.
“Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan kakitangan Tourism Selangor mengalu-alukan CEO baharu yang berpengalaman luas dalam pentadbiran selama 17 tahun merentasi pelbagai industri dan memiliki kepakaran serta kredibili yang dapat menyumbang kepada Tourism Selangor.
“Tourism Selangor yakin Chua akan mengukuhkan kerjasama antara agensi itu dan kerajaan Selangor.
“Kerjasama ini diharap dapat memacu industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi dalam mencapai matlamat Tahun Merawat Selangor 2025,” kata Tourism Selangor dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, Chua sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Pembangunan Industri dan Jaringan Perniagaan di Tourism Selangor selama empat tahun.
Sebelum menyertai Tourism Selangor, Chua memegang beberapa peranan penting dalam kerajaan, termasuk pegawai khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan berkhidmat sebagai ADUN Kuala Sepetang.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment