NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Batal himpunan solidariti Najib bukan takut DAP, ‘geng UmDAP’, kata pemimpin Umno




PETALING JAYA
Pemimpin Umno menolak tuduhan kononnya pembatalan himpunan solidariti untuk bekas presiden Najib Razak, esok kerana ditekan DAP atau telah menjadi ‘geng UmDAP’, frasa gabungan dua parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Ahmad Maslan berkata perkara itu telah dijelaskan iaitu kerana menghormati kenyataan Istana Negara dan menerima nasihat Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Jumaat lalu, Istana Negara mengingatkan semua pihak menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam mengampunkan atau mengurangkan hukuman seseorang banduan dan menggunakan saluran perundangan ditetapkan.

Razarudin pula menggesa orang ramai tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, demi menghormati Agong.

“Tiada kaitan dengan DAP atau geng UmDAP pun…dua sebab utama Umno batal perhimpunan solidariti Najib iaitu selepas kenyataan Istana Negara dan ketua polis negara.

“Itu sahaja, berapa kali nak diulang,” kata Ahmad kepada FMT mengulas naratif di media sosial yang Umno takut kepada DAP sehingga rancangan berhimpun di Istana Kehakiman, Putrajaya esok dibatalkan selain dilabel ‘geng UmDAP’.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa tindakan Umno itu mendakwa keputusan terbabit dipengaruhi DAP yang tidak berpuas hati dengan rancangan penganjuran himpunan berkenaan.

Perhimpunan itu diadakan pada hari sama Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun, dari 12 tahun selepas ia dikurangkan oleh Lembaga Pengampunan susulan sabitan dalam kes SRC International.

Setakat ini, PAS menyatakan tetap meneruskan himpunan itu walaupun Ketua Polis Putrajaya Aidi Sham Mohamed berkata permohonan untuk mengadakan himpunan tersebut tidak lengkap dan terpaksa ditolak.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno Mohd Khairuddin Aman Razali pula menegaskan parti itu konsisten memperjuangkan keadilan untuk Najib malah Presiden Zahid Hamidi antara individu paling awal membuat afidavit menyokong petisyen bekas perdana menteri berhubung titah adendum pada 9 April tahun lalu.

“Malah Umno menganjurkan himpunan solidariti untuk beliau namun selaku sebahagian kerajaan memerintah akur titah Agong bahawa pengampunan adalah prerogatif Tuanku.

“Solidariti untuk Najib boleh dilakukan dengan pelbagai cara lagi selain berhimpun,” katanya sambil menempelak PAS kerana menggunakan isu terbabit untuk memecahbelahkan perpaduan dalam Umno.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo