Pihak DS Najib mendakwa bahawa Mantan YDPA yang lepas telah mengeluarkan satu titah addendum bagi DS Najib yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah agar dapat menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.
Titah addendum tersebut dikatakan dikeluarkan pada bulan Januari 2024, sebelum pelantikan YDPA yang baharu.
Namun sehingga saat ini, pihak kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh gabungan parti Ph dan Bn dengan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tidak menyatakan secara jelas malah berdolak dalih, tidak menjawab adakah titah addendum tersebut wujud ataupun tidak?
Sekiranya ia benar wujud, maka timbul persoalan, kenapa kerajaan tidak melaksanakan titah tersebut?
Adakah kerajaan membakul sampahkan titah addendum itu?
Sekiranya ia tidak wujud, maka pihak DS Najib telah membuat dakwaan palsu.
Bagi PAS, isu ini bukan semata-mata isu peribadi DS Najib, tetapi ia isu ketelusan kerajaan phbn dalam menghormati kuasa YDPA dan melaksanakan perintah baginda, sekiranya titah addendum tersebut benar-benar wujud.
Apa untungnya bagi PAS menunggang isu ini?
DS Najib merupakan pemimpin Umno.
Adakah dengan PAS menyatakan solidariti terhadap tuntutan DS Najib ini bermakna DS Najib dan penyokong beliau akan masuk PAS, atau sekurang-kurangnya menyokong PAS?
Saya rasa tidak begitu.
Samalah waktu DS Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno dahulu atas kes salah laku moral (baca buku Tun Mahathir, A Docter in the House), PAS membuat keputusan untuk membela DS Anwar menentang Tun Dr. Mahathir yang dilihat menzalimi beliau kerana mahkamah belum lagi mensabitkan kesalahan terhadap beliau.
Pemimpin, ahli dan penyokong PAS turun berdemonstrasi yang bersiri-siri sejak tahun 1998 sehingga tahun 2014.
Berhadapan dengan keganasan FRU.
Disembur dengan gas pemedih mata.
Apa untung yang PAS dapat sekarang apabila DS Anwar dan gabungan partinya dapat memerintah negara?
PAS tetap PAS.
PAS bela DS Anwar waktu beliau hilang kuasa.
Namun apabila beliau kembali berkuasa, PAS tak menuntut bayaran pembelaan terhadapnya.
Bahkan PAS tak mahu bersekongkol dengan kerajaan yang beliau tubuhkan.
PAS melawan Tun Mahathir ketika beliau berkuasa.
Namun apabila beliau hilang kuasa, PAS menyediakan pentas untuk Tun Mahathir bersama dengan PAS.
PAS melawan kerajaan DS Najib ketika beliau berkuasa.
Namun apabila beliau hilang kuasa dan mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan beliau, PAS menyatakan solidariti terhadap DS Najib apabila mengetahui beliau dizalimi dalam isu titah addendum ini.
Kalaulah PAS kemaruk kuasa sangat, sepatutnya PAS bersama mereka yang berkuasa, menjilat mereka ketika berada di puncak kuasa.
Kalaulah PAS jilat mereka, sudah tentu akan dapat habuan sedikit sebanyak daripada orang yang sedang berkuasa.
Namun PAS tetap PAS.
DS Najib ialah pemimpin Umno yang masih dihormati, meskipun beliau telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah.
Beliau dan mana-mana individu lain berhak mendapat apa-apa jua pembelaan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang.
Dalam isu ini, beliau menyatakan bahawa beliau seharusnya menjalani tahanan rumah berdasarkan titah addendum YDPA yang lepas.
Sekiranya DS Najib berada dalam tahanan rumah, ataupun beliau dibebaskan daripada hukuman, keputusan itu sudah tentu akan menguatkan kedudukan dan pengaruh Umno.
Apa untung kepada PAS sekiranya Umno makin kuat?
Adakah PAS akan menumpang tuah Umno yang mendapat nafas baharu apabila DS Najib dilepaskan?
Kalaulah PAS kemaruk kuasa dengan menumpang tuah Umno, lebih baik PAS menyertai kerajaan Anwar sekarang sebagaimana Umno bersama dengan Ph menubuhkan kerajaan.
Perangai politikus Machiavelli dan opportunis, mereka akan mengambil kesempatan untuk bersekongkol dengan orang yang berkuasa untuk meraih manfaat kuasa, bukan membuang masa bersama dengan orang yang kehilangan kuasa.
Apa yang boleh dapat apabila bersama dengan orang yang tiada kuasa?
Dan haiwan politik (political animals) yang Machiavelli dan opportunis juga pasti akan cari jalan dan helah untuk kekal berkuasa, meskipun dengan cara menikam belakang sahabat sendiri.
Biarlah 'sahabat' itu mati atau terus meringkuk dalam penjara, asalkan tengkuk politikus Machiavelli dan opportunis itu selamat.
Sebenarnya bukannya susah untuk mengenal pasti siapakah sahabat sejati.
Tetapi disebabkan oleh hubbud dunya (cintakan dunia), mabuk kuasa, kepentingan dan kebencian yang tidak berasas, semua itu mengaburi pandangan mata hati sehingga terasa sukar untuk menilai siapa sahabat yang sejati dan 'sahabat' jenis musang berbulu ayam, telunjuk lurus, kelingking berkait.
Alhamdulillah, PAS sepanjang sejarahnya telah menunjukkan yang PAS tetap istiqamah dengan prinsip politik Islam.
Tidak kiralah untung atau rugi dari sudut perkiraan politik konvensional, asas yang dipegang oleh PAS untuk menjawab di mahkamah ALLAH subhanahu wa ta'ala di Akhirat kelak ialah firman-NYA:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (8) وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُم مَّغۡفِرَةࣱ وَأَجۡرٌ عَظِیمࣱ (9)
[Surah Al-Māʾidah: 8-9]
Maksudnya:
8- Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH, lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.
Dan bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
9- ALLAH menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Sumber | FB Muhammad Rif'aat Razman
........Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

DATUK YIP KUM FOOK sangat marah kepada sami Buddha dan paderi Hindu kerana selalu mengganggu sami Buddha dan membakar kuil Hindu di Taman Daya, Kepong. Dia akan menderita dalam hidup ini, Allah akan menghukum dia dan keluarganya, kini dia hidup sendirian tanpa ada kawan dengannya
ReplyDeleteAkhir sekali, dia menggunakan polis dan samseng untuk memaksa masyarakat Cina anda dan menipu serta menghina masyarakat Cina kita. Juga, semasa dia dalam politik, dan dia bercakap buruk tentang parti lain, lelaki ini tidak boleh menjadi manusia.
Ada sesiapa yang tahu mengadu kepada Sultan Selangor, dan dia mesti mengembalikan gelaran Datuk kepada Sultan secepat mungkin, kerana ini menyebabkan Sultan kelihatan buruk atau tidak berkualiti kepada persatuan sultan, dia mendapat gelaran daripada Sultan, DIBELI ATAU DITAWARKAN, kita tidak tahu.
DATUK YIP KUM FOOK adalah seorang peguam, dan beliau bukanlah seorang peguam sebenar kerana beliau tidak belajar undang-undang di mana-mana institut; dia membeli sijil undang-undang sahaja. Dia seorang peguam berlatih sahaja, tetapi tidak belajar teori selama 6 tahun kerana melakukan kesilapan dalam undang-undang, dunia ini tidak ada peguam yang disaman oleh orang biasa.
DATUK YIP KUM FOOK melakukan perkara jahat kepada orang dan membayar seseorang untuk melakukan ILMU HITAM ke atas musuhnya; ramai orang mati dan menderita kerananya, dan ramai orang Cina kita tahu tentang jampi roh
DATUK YIP KUM FOOK menipu orang IC dan mengambil orang IC untuk diberikan kepada penipu. Ah Chong (Ng) adalah mangsa. Kini Ah Chong adalah polis yang menghubunginya, dan juga pegawai bank yang menghubunginya tentang meminjam wang, tetapi Ah Chong tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun. Ah Chong pernah memberikan IC kepada Datuk Yip Kum Fook sebelum ini
LOKE, TAMAN EHSAN, KEPONG
DATUK YIP KUM FOOK made Buddhism and the Sangha a disgrace to the world. He and his team expelled Buddhist monks from the Buddhist Temple, Kepong, and he used the police and thugs to descend on Buddhist land or into Buddhist temples to chase the Bhikkhus out of the Temple.
ReplyDeleteWhy can he do that? Because he has very little knowledge of Buddhism, he only needs to gain something in Buddhism in his lifetime; he does not care what is wrong or right, because he comes from a political and business background only.
His family is also funny because they do evil to the people of Kepong, now his son (LAWRENCE YIP JIUN HANN) has many wives and Playboys everywhere because his father has a lot of money, buildings, houses, etc.
Please share and spread to everyone to protect our Chinese community in Malaysia.
不可 金獅, 会友聪, 李杪芳 in Taman Desa Jaya, Kepong