BANGI, Jumaat – Pemilihan maskot beruang matahari sebagai maskot pelancongan kini mengundang tanda tanya apabila haiwan itu dikatakan tidak sinonim atau memberi reflektif kepada imej Malaysia.
Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sebelum ini, maskot yang dikaitkan dengan Malaysia ialah Orang Utan dan Penyu manakala pasukan sukan negara pula dikaitkan dengan imej Harimau Malaya.
“Tiber ‘Beruang Matahari’ jadi maskot pelancongan Malaysia.. sedangkan rakyat Malaysia pun tak sedar pasal beruang ni dan rasanya belum pernah ‘Beruang Matahari’ menjadi tarikan pelancongan ke Malaysia dan bukan sinonim atau tidak reflektif kepada imej Malaysia.
“Sebelum ni, maskot yang dikaitkan dengan Malaysia ni Orang Utan dan Penyu. Kalau pasukan sukan, dikaitkan dengan Harimau Malaya,” katanya dalam di Facebook hari ini.
Justeru, beliau turut mencadangkan secara sinis supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan sebagai maskot pelancongan Malaysia.
Beliau merujuk kepada kenyataan presiden Perastuan Pembangunan Pelancongan Antarbangsa Malaysia (MiTDA) yang berpandangan Anwar menjadi tarikan sebenar untuk pelancong negara.
Pada masa sama, Tun Faisal turut menasihatkan Presiden MiTDA supaya berpada-pada sekalipun ingin mengampu.
“Memandangkan ‘Anwar adalah tarikan terbaru pelancongan, apa kata gantikan je Orang Utan dan Penyu tu dengan Anwar,” sindirnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment