Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan berkata, seramai 1,768 pembida menyertai bidaan siri plat itu dengan hasil kutipan bidaan keseluruhan RM2.37 juta.
Menurutnya, daripada 1,768 pembida itu, sebanyak 3,794 nombor sudah terjual.
“Kita ada 10,000 nombor ANU, namun nombor dibida sebanyak 1,768 nombor.
“Namun sebagai perbandingan untuk negeri Perak, jumlah nilai bidaan siri ANU ini tidak dapat menandingi siri plat AMG yang masih mendahului untuk negeri Perak, memandangkan banyak peminat Mercedes Benz membida AMG,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Operasi Ambang Tahun Baru di Hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, di sini malam tadi.
Proses pendaftaran dan bidaan dilakukan dalam talian menggunakan platform JPJeBid.
Bidaan nombor plat ANU berkenaan sebelum ini dilapor mendapat perhatian warganet kerana perkataan “anu” adalah kata ganti nama yang digunakan ketika merujuk kepada seseorang atau sesuatu.
Perkataan ‘anu’ juga dalam percakapan harian turut merujuk kepada sesuatu yang berunsur kedewasaan.
Sumber | Buletin TV3
........Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment