NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Alasan dangkal, patutnya montaj pendeklah kena utamakan identiti negara




BANGI, 9 Rejab – Alasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang kononya tidak mempamerkan elemen masjid dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) kerana ia versi pendek dan ringkas sungguh dangkal dan naif. 

 

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, montaj yang paling pendeklah identiti negara mesti diutamakan, bukan identiti minoriti. 

 

“Tidakkah Menteri ini membaca Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1970 (DKK).

 

“DKK begitu jelas mengungkapkan apa jua jenis pertunjukan budaya negara, identiti negara, Islam dan Melayu mesti diutamakan. 

 

“Kenapa ada pemimpin yang amat jahil tidak tahu perkara asas ini. Inikah bentuk pemimpin negara yang kita ada,” soalnya. 

 

Lebih menjengkelkan, selepas dikritik dan dikecam – menteri ini bukan meminta maaf, malah mempertahankan lagi tindakan tersebut. 

 

“Wahai pemimpin negaraku, bersuaralah, bertindaklah. Perkara seperti  ini sudah menjadi tersangat melampau. 

 

“Ini bukan pertama kali, malah sudah berkali-kali,” katanya. 

 

Video montaj TMM 2026 terus dikecam pelbagai pihak dan ramai yang menggesa MOTAC menarik balik video berkenaan. 


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo