NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akur Titah Agong Atau Turuti Kehendak DAP? UMNO Larang Ahli ke Perhimpunan 6 Januari


KUALA LUMPUR, 3 Januari – UMNO dengan penuh hormat menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa prerogatif ini meliputi pemberian ampun, tunda hukum, dan lega hukum terhadap kesalahan di Wilayah Persekutuan.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan bahawa UMNO sentiasa mendukung Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Parti. "UMNO sentiasa mengutamakan penghormatan tertinggi terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Berikutan titah Tuanku, UMNO akan mematuhi saranan agar menghormati kuasa prerogatif baginda dengan menggunakan saluran perundangan untuk mengemukakan rayuan bagi kes Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia.

UMNO juga menegaskan komitmennya untuk terus menghormati perlembagaan, undang-undang, dan titah diraja. Sehubungan itu, atas arahan Ketua Polis Negara dan menjunjung titah Agong, parti tersebut memutuskan untuk membatalkan perhimpunan yang dirancang pada 6 Januari 2025.

“UMNO menaruh keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan dan keihsanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan kepada Dato' Sri Najib,” ujar Dr. Asyraf.

Parti itu turut merakamkan penghargaan kepada ahli-ahlinya yang telah menunjukkan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral walaupun tanpa arahan rasmi daripada ibu pejabat.

Kenyataan ini menegaskan pendirian UMNO sebagai sebuah parti yang konsisten memperjuangkan Institusi Raja-Raja Melayu sambil mematuhi undang-undang dan peraturan negara. - 1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo