NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli UMNO diminta jangan buat spekulasi berhubung Titah Adendum – Azalina




BANGI, Isnin – Ahli UMNO diminta tidak membuat sebarang spekulas membabitkan Titah Adendum berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Penerangan parti, Datuk Seri Azalina Othman Said.

 

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), berkata ia dibimbangi akan menimbulkan subjudis.

 

“Kalau Mahkamah Rayuan sudah buat keputusan bahawa perlulah Mahkamah Tinggi dipulangkan balik tentang isu titah itu, saya nak minta semua dari parti untuk serahkan balik kepada Mahkamah Tinggi.

 

“Pada 13 Januari, Mahkamah Tinggi akan tetapkan tarikh perbicaraan dan saya minta kita semua tak payah buat spekulasi kerana sekarang ini mahkamah memainkan peranan untuk membuat penentuan.

 

“Kita pun tak nak isu subjudis maknanya bila dah jadi kes mahkamah banyak komen-komen saya rasa pun tak adil bagi semua pihak,” katanya seperti dilaporkan UMNO Online.

 

Pada 6 Januari lalu, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

 

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dengan majoriti 2-1, membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan kebenaran itu. 



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo