Fakta Daripada Himpunan Solidariti di Putrajaya Hari Ini:
(1)
Himpunan hari ini BERJAYA.
Rakyat dari segenap pelusuk tanah air tetap hadir walaupun ada usaha pihak tertentu untuk menghalang himpunan ini berlaku.
Putrajaya penuh dengan orang ramai sejak hari Ahad. Ada yang datang dengan kereta, ada yang sewa van dan bas. Dari Borneo, mereka naik kapal terbang.
Anggaran kehadiran sekitar 8 ribu - 10 ribu orang.
(2)
Ada ahli dan pemimpin UMNO HADIR walaupun terdapat larangan rasmi daripada pemimpin mereka.
Ini bermakna aura Dato' Seri Najib Razak (DSNR) masih kuat sehinggakan mereka tidak hiraukan arahan parti mereka sendiri.
Mereka lebih simpati kepada DSNR dan menuntut supaya keadilan ditegakkan.
(3)
Ahli PAS, ahli UMNO, ahli BERSATU serta ahli parti-parti politik lain dilihat dapat duduk bersama di dalam himpunan tanpa ada kacau ganggu dan provokasi.
Tiada kekacauan. Suasana aman, tenteram dan harmoni.
Ini menunjukkan parti-parti politik teras Melayu Islam dapat duduk bersama dan bersepakat dalam isu Titah Adendum DSNR ini.
Kesepakatan di dalam isu ini boleh membuka satu lembaran politik baru kepada negara. Inilah yang sangat dibimbangi pihak lawan khasnya DAP!
(4)
Kejayaan himpunan ini amat membimbangkan pemimpin-pemimpin Blok Kerajaan.
Mereka sedang tersepit, antara tuntutan undang-undang atau kehendak rakan muafakat politik mereka.
Setakat ini, nampaknya himpunan ini menyebabkan wujud perbezaan pandangan yang amat ketara sesama pemimpin Blok Kerajaan. Perpecahan dalam kalangan mereka semakin ketara.
(5)
Rakyat menuntut supaya kuasa YDPA dihormati, undang-undang dipatuhi, Perlembagaan Persekutuan dijunjung dan keadilan ditegakkan.
Jika benar Titah Adendum wujud, mengapa ia tidak dilaksanakan? Siapa sebenarnya yang DERHAKA kepada titah YDPA sebelum ini?
Pemimpin yang derhaka kepada Tuanku tidak layak untuk terus memimpin negara!
Afnan Hamimi
6 Jan 2025
Putrajaya
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment