NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahidi sasar tubuh 400 Ranting PKR di Perlis



Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin, mengesahkan dia kini anggota PKR, hampir dua tahun selepas menyatakan hasrat berbuat demikian.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan ketika ini, Zahidi — yang juga bekas timbalan menteri komunikasi dan multimedia — berkata dia telah mendapat restu parti untuk memulakan langkah besar bagi memperluaskan pengaruh PKR di Perlis.

""Kita menyasarkan penubuhan lagi 400 ranting PKR di seluruh Perlis menjelang PRU depan di mana lebih 100 daripadanya di Padang Besar.

“Ini memberi gambaran hasrat kita untuk bawa negeri ini kepada kepada Kerajaan Perpaduan gabungan PH dan BN pada PRU hadapan.

"Setakat ini, PKR ada sekitar 60 ranting dan kita ingin menambah lagi seiring dengan kewujudan cawangan Umno di negeri ini," katanya seperti dipetik BH Online.

Menurutnya, PKR kini hanya mempunyai sekitar 60 cawangan di Perlis manakala Umno memiliki kira-kira 300 cawangan.

Zahidi, yang juga bekas ahli parlimen Padang Besar, bukan lagi anggota Umno selepas bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum yang lalu, susulan penyingkirannya sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Pada Januari 2023, Zahidi mengemukakan permohonan untuk menyertai PKR.

Ketika itu, Timbalan Ketua PKR Perlis Asrul Nizan Abd Jalil memberi amaran kepada parti supaya tidak menerima "pemimpin tong sampah" seperti Zahidi.

Dalam kenyataan kepada media hari ini, Zahidi berkata keahliannya dalam PKR telah mendapat kelulusan daripada presiden parti, Anwar Ibrahim.

Jelasnya, semua usahanya untuk PKR pada masa ini dilakukan secara sukarela.



Sumber | Malaysiakini 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo