NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zafrul perlu pilih parti yang selari dengan perjuangannya, bukan parti bagi ‘jawatan’



BERTAM – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengingatkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz  agar tidak melompat parti semata-mata untuk mempertahankan jawatan. 

Wan Saiful menegaskan,  tindakan melompat dari satu parti ke parti lain tanpa dasar perjuangan yang jelas akan menjejaskan imej politik Tengku Zafrul dan mengundang tuduhan beliau hanya mementingkan diri sendiri.

“Perjalanan politik Tengku Zafrul bermula dengan penyertaan dalam Bersatu, namun kemudiannya berpindah ke UMNO. Kini, spekulasi mengenai kemungkinan beliau berpindah ke PKR turut mencetuskan tanda tanya. 

“Jika beliau tidak menafikan khabar angin mengenai  perpindahannya ke PKR, pelbagai cerita akan timbul dan mencemarkan reputasinya,” kata Wan Saiful.

Beliau juga menegaskan, Tengku Zafrul, yang dikenalinya sebagai seorang yang berkaliber dan berdedikasi dalam kerjaya profesionalnya, perlu mengutamakan keyakinan kepada perjuangan sesuatu parti dan memilih parti yang sesuai dengan visinya.

“Dalam dunia politik, kita perlu yakin dengan perjuangan sesebuah parti. Jika kita sentiasa melompat hanya kerana jawatan, tanpa perjuangan yang jelas, ia akan memberi imej buruk dan tidak akan memberi masa depan yang panjang dalam politik.

“Sehubungan itu saya nasihatkan Tengku Zafrul agar memilih parti yang benar-benar sehaluan dengan matlamat perjuangannya dan kekal konsisten dalam komitmennya terhadap parti tersebut. 

“Jika beliau terus berpindah parti demi jawatan, dia mungkin tidak akan dapat memberikan sumbangan bermakna kepada pembangunan negara,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan beliau tidak membuat keputusan mengenai keahlian mana-mana parti walaupun disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada perbincangan awal mengenainya dengan pihak berkaitan.

Dalam masa sama, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mengakui beliau sendiri amat terkejut dengan kenyataan kepimpinan partinya mengenai perkara itu.

Katanya,  sejak isu itu mula diketengahkan beliau tidak menerima sebarang panggilan daripada pucuk pimpinan UMNO untuk bertanyakan isu sebenar. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo