NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Yang mansuhkan UPSR, PT3 bukan saya’ – Menteri Pendidikan




BANGI, Selasa – Keputusan untuk memansuhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebenarnya dibuat oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

 

Beliau berkata, keputusan itu dibuat ketika Radzi memegang jawatan Menteri Pendidikan semasa pentadbiran sebelum ini.

 

Justeru, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menyarankan Radzi memberi penjelasan disebalik keputusan itu kepada wakil rakyat pembangkang.

 

“Saya ingin memberikan sedikit penegasan. Yang menghapuskan peperiksaan ini bukan saya, YB Putrajaya. 

 

“Jadi saya mengambil pendekatan bahawa apa yang ada dalam sistem kita sekarang khususnya pentaksiran ini harus diberikan kekuatan penegasan dan juga memperkukuhkan guru kita.

 

“Yang mansuhkan dia (Radzi), dia patut jawab dan terang kepada rakan-rakan dia (wakil rakyat pembangkang). 

 

Kenapa pula rakan-rakan dia kena tanya saya?” katanya ketika sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan, hari ini

 

Susulan itu, Radzi menjelaskan bahawa keputusan memansuhkan peperiksaan itu dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM) secara tanggungjawab kolektif.

 

Pada 11 November lalu, Fadhlina menegaskan bahawa KPM tidak akan berpatah balik dalam keputusan berkaitan pemansuhan UPSR dan PT3 yang mana keputusan itu dibuat pada 2021 serta 2022.

 

Katanya, keputusan tidak mengembalikan dua peperiksaan itu kerana ia disifatkan tidak lagi relevan khususnya dalam menerajui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pembangunan pendidikan negara harus dilihat secara konteks keseluruhan dan bukan sekadar peperiksaan semata-mata.

 

“Saya ingin tegaskan juga, peperiksaan itu tidak boleh mengambil alih soal pembangunan pendidikan kita yang mahu melihat anak-anak kita membesar dan mendapat pendidikan secara holistik.

 

“Sebab itu saya setuju apabila ada soalan-soalan berkaitan sukan, penglibatan badan beruniform kerana ini yang sedang kita lihat dalam pendidikan bahawa keseluruhan konteks ini sama pentingnya untuk pembangunan anak-anak kita,” tambahnya.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo