Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ini kerana kerenah birokrasi untuk mendapat bantuan dari Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) menyebabkan masalah yang boleh diselesaikan segera berlanjutan.
“Masalah yang boleh diselesaikan seminggu, berlarutan menjadi sebulan. Sebab itu ada wakil rakyat sebagai pemudah cara untuk bantu rakyat di bawah,” katanya pada sidang medianya di Parlimen.
Wan Fayhsal juga berkata banyak rumah penduduk di beberapa kawasan di Kelantan seperti Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang yang mengalami kerosakan ‘total lost’.
“Kita tuntut belas ihsan perdana menteri selaku menteri kewangan yang mengamalkan falsafah Madani untuk memberi bantuan banjir terus kepada wakil rakyat,” katanya.
Sementara itu, Wan Fayhsal juga mencadangkan kepada agensi kerajaan atau mana-mana pihak swasta yang ingin membantu mangsa banjir menghantar bekalan selain makanan seperti pakaian dan keperluan asas lain.
Katanya, antara keperluan asas yang sangat diperlukan mangsa banjir adalah toto, bantal, tikar, lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan orang tua serta tuala.
Sumber | FMT Malaysi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment