NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Kedah kutuk tindakan lompat parti walau sesama komponen dalam kerajaan



KUALA LUMPUR – UMNO Kedah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli parti itu berpindah dan melompat parti walaupun ia berlaku antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu tidak boleh diterima dan UMNO perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang bertindak berbuat demikian.

Beliau yang juga Jurucakap Khas Badan Perhubungan UMNO Kedah turut menyifatkan tindakan melompat parti sebagai tidak beretika, terdesak dan oportunis serta mampu menjadi barah yang boleh meruntuhkan struktur parti.

“UMNO Kedah juga memohon agar komponen parti di dalam Kerajaan Perpaduan tidak sama sekali melayan tindakan yang sangat tidak bermaruah ini.

“UMNO Kedah kekal komited mendokong kerjasama di dalam Kerajaan Perpaduan, namun perlu ada `garisan’ tertentu yang perlu dihormati,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Shaiful Hazizy menambah, UMNO Kedah menyokong ketegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memandang serius serta sama sekali menolak tindakan sesetengah ahli parti itu termasuk dalam kepimpinan tertinggi yang diihat mengadakan perbincangan untuk melompat parti walaupun dalam kalangan parti komponen kerajaan sendiri.

“la membuktikan pendirian presiden yang tegas dan komited dalam memelihara kestabilan hubungan antara sesama komponen parti di dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan ada perbincangan awal berkenaan desas-desus Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar daripada UMNO bagi menyertai PKR.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul dalam kenyataan semalam menjelaskan, perbincangan mengenai perkara itu masih di peringkat awal dan tidak menyentuh sebarang agenda berhubung jawatan di peringkat negeri mahu pun pilihan raya kecil. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo