NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tunjuk perasaan di KL kutuk dasar pemerintahan komunis China

Sekumpulan penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan China di Kuala Lumpur pada 7 Disember 2024 dengan pelbagai kain rentang mengutuk Beijing.



Sebuah pertubuhan yang berjuang menentang Parti Komunis China mengadakan siri tunjuk perasaan di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menarik perhatian terhadap nasib penduduk Islam dan Kristian di negara itu, di samping penganut Buddha di Tibet.

Pertubuhan Tuidang Malaysia turut menuduh pemerintah China melakukan "pelbagai kekejaman" terhadap rakyatnya, termasuk pengambilan organ secara paksa dan penindasan terhadap Falun Gong, satu gerakan spiritual yang cuba dihapuskan Beijing.

Berucap di hadapan Kedutaan China bersempena Hari Hak Asasi Manusia, ia menyeru Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing untuk menjauhkan diri daripada kerajaannya sebagai tanda tidak bersekongkol dengan kezaliman.

"Sebagai anggota Kedutaan China, anda (Yujing) berada di barisan hadapan diplomasi, mewakili  imej China di luar negara. Namun, imej ini telah tercemar oleh tindakan PKC.

"Ini bukan salah peribadi anda, tetapi ia adalah realiti yang perlu kita hadapi bersama," kata jurucakap Tuidang, sambil memberikan contoh bekas diplomat China ke Sydney, Chen Yonglin, yang memilih untuk keluar secara terbuka daripada parti pemerintah itu.

"Keberaniannya bukan sahaja memberikan ketenangan dalaman tetapi juga membawa harapan kepada keluarganya dan dunia," tambahnya.

Tuidang merupakan gerakan menggalakkan rakyat China memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China. 

Ia mendakwa lebih 400 juta daripada 1 bilion rakyat China sudah pun "memutuskan hubungan" dengan satu-satunya parti politik di negara itu.

Pada 6 Disember, ahli Tuidong mengadakan demonstrasi di Bukit Bintang dengan melakonkan semula aksi merampas organ manusia.

Pertubuhan itu mendakwa PKC menggunakan Institusi Confucius dan Institut Kong Zi untuk menyebarkan ideologi di negara luar.

Kerajaan China kerap menjadi sasaran pertubuhan hak asasi yang mendakwa berlaku penindasan terhadap penduduk Islam Uighur.


Sumber | MalaysiaNow







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo