Pengarah Komunikasi Pemuda PKR Sabah Fekirie Gobet mengingatkan Sufian Abdul Karim agar tidak menggesa kerajaan menyalahgunakan kuasanya, yang didakwanya dilakukan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Pemuda Umno harus meninggalkan perangai lama di mana pemimpin politik campur tangan dalam kes mahkamah bagi membebaskan rakan politik mereka,” katanya kepada FMT.
Gesaan Sufian agar semua tuduhan yang difailkan semasa pentadbiran PH digugurkan menyusuli kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam bahawa pendakwaan beberapa kes selepas PRU 2018 adalah cacat.
Beliau berkata, pendakwaan tersebut jelas dibuat dengan niat politik yang bersifat dendam dan bertujuan membunuh karakter individu tertentu serta seteru politik kerajaan.
Bagaimanapun, Fekirie berkata, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar tidak berkompromi dalam perkara berkaitan rasuah apatah lagi menyalahgunakan kuasanya untuk menggugurkan kes.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment