NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga tahun akan datang tempoh kritikal buat Anwar, PH dan DAP – Lim Kit Siang



  • Tiga tahun akan datang merupakan tempoh yang kritikal, bukan sahaja terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi juga untuk Pakatan Harapan dan DAP kata Ahli Politik Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.
  • Kit Siang berkata, Anwar Ibrahim berjaya bertahan dengan lebih lama sebagai Perdana Menteri berbanding tiga pendahulunya, hasil daripada kestabilan politik dan perpaduan yang kukuh dalam pentadbirannya. 
  • Namun menurutnya, terdapat semakin banyak kritikan terhadap kegagalan menunaikan janji-janji reformasi Pakatan Harapan. 

KUALA LUMPUR – Tiga tahun akan datang merupakan tempoh yang kritikal, bukan sahaja terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi juga untuk Pakatan Harapan dan DAP kata Ahli Politik Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana melancarkan semula dua jilid biografi ‘Kee Thuan Chye’ mengenai dirinya serta jilid kedua yang diterjemahkan dalam bahasa Cina. 

“Saya masih ingat perjalanan berbasikal yang saya lakukan dari Batu Pahat ke Melaka semasa tingkatan satu bersama dua rakan sekelas. Sepanjang perjalanan sejauh 62 batu itu, kami berbincang mengenai harapan dan aspirasi yang tercetus daripada Persidangan Pemimpin Afro-Asia di Bandung yang baru sahaja diadakan.

“Tahun depan adalah ulang tahun ke-70 Persidangan Afro-Asia di Bandung.

“Betapa pantas masa berlalu.

“Kita di Malaysia telah menjalankan usaha pembinaan negara selama 67 tahun.

“Semasa di sekolah, saya aktif dan merupakan salah seorang yang mencadangkan agar kami menerbitkan majalah kelas ketika di Tingkatan Tiga.

“Saya telah menjadi seorang yang mengutamakan identiti sebagai ‘Malaysian First’ sejak zaman sekolah, seperti yang ditunjukkan dalam penulisan majalah kelas,” katanya seperti yang dipetik di dalam blog miliknya. 

Kit Siang berkata, Anwar Ibrahim berjaya bertahan dengan lebih lama sebagai Perdana Menteri berbanding tiga pendahulunya, hasil daripada kestabilan politik dan perpaduan yang kukuh dalam pentadbirannya. 

Namun menurutnya, terdapat semakin banyak kritikan terhadap kegagalan menunaikan janji-janji reformasi Pakatan Harapan. 

“Untuk memastikan kestabilan dan kesatuan jangka panjang, adalah penting untuk memberikan harapan dan keyakinan bahawa janji-janji reformasi tersebut benar-benar serius.

“Marilah kita bekerjasama, tanpa melupakan bahawa kita mesti terus memberi harapan dan keyakinan bahawa janji-janji reformasi tersebut bukan janji kosong.” kata Kit Siang.

Katanya, apabila beliau bersara daripada politik barisan hadapan DAP, Kit Siang membuat keputusan untuk tidak memberi komen mengenai perkembangan politik Malaysia selama tiga tahun. 

“Saya telah menumpukan perhatian kepada politik global dan cabaran-cabaran kemanusiaan – dialog antara tamadun, keharmonian, kecerdasan, buatan, nanoteknologi dan perubahan iklim.

“Dengan penyertaan Malaysia di dalam BRICS, terdapat keperluan bagi rakyat Malaysia untuk membangunkan pemikiran global agar dapat beroperasi secara bermakna dalam politik antarabangsa,” katanya. – The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo