Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata melalui prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung, KPM yakin isu pelajar menduduki peperiksaan ketika banjir dapat diuruskan dengan baik.
“Kita ada pekeliling berkaitan SOP Ops Payung dalam melaksanakan mekanisme berkaitan kesiapsiagaan menangani MTL yang dihadapi hampir setiap tahun di seluruh negara, khususnya di negeri Pantai Timur.
“Jadual telah disusun sebaik-baiknya dengan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk kemungkinan banjir. Kalau kita buat penangguhan, ia akan menjejaskan banyak perkara lain, termasuk kemasukan pelajar ke universiti.”
Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pembersihan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong di Hulu Besut dekat sini, yang dinaiki air sebelum ini.
Sementara itu, Azman berkata, KPM akan mengenal pasti jumlah kerosakan di 132 sekolah seluruh negara yang terjejas banjir kali ini.
Menurutnya, KPM masih menunggu laporan Jabatan Pendidikan Negeri yang akan turun padang ke setiap sekolah terkesan menilai jumlah kerosakan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, hanya Sekolah Kebangsaan Tembila di Besut masih digenangi air, manakala 28 sekolah di Terengganu yang dilanda banjir sedang menjalani kerja pembersihan pascabanjir.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment