NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sebat di khalayak tidak timbulkan Islamofobia – Ketua Pengarah JKSM



  • Pelaksanaan hukuman sebat di luar penjara (di khalayak ramai) membabitkan pesalah syariah di Terengganu tidak sama sekali menimbulkan isu Islamofobia.
  • Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Amran Mat Zain berkata ini kerana kehadiran pihak luar bagi menyaksikan pelaksanaan hukuman tersebut adalah tertakluk kebenaran mahkamah syariah dan lokasi ditetapkan adalah di masjid.
  • “Maka adalah pasti ia hanya disaksikan oleh orang Islam sahaja dan jelas sekali hukuman tersebut bagi menyedarkan umat Islam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.
  • “Saya juga percaya dengan hukuman sebatan syariah ini akan memberi maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat bahawa sebatan syariah sangat berbeza dengan sebatan sivil,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu berkaitan kebimbangan terhadap hukuman sebatan di khalayak akan menimbulkan Islamofobia.

KUALA LUMPUR — Pelaksanaan hukuman sebat di luar penjara (di khalayak ramai) membabitkan pesalah syariah di Terengganu tidak sama sekali menimbulkan isu Islamofobia.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Amran Mat Zain berkata ini kerana kehadiran pihak luar bagi menyaksikan pelaksanaan hukuman tersebut adalah tertakluk kebenaran mahkamah syariah dan lokasi ditetapkan adalah di masjid.

“Maka adalah pasti ia hanya disaksikan oleh orang Islam sahaja dan jelas sekali hukuman tersebut bagi menyedarkan umat Islam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.

“Saya juga percaya dengan hukuman sebatan syariah ini akan memberi maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat bahawa sebatan syariah sangat berbeza dengan sebatan sivil,” katanya dalam kenyataan mediapada Sabtu berkaitan kebimbangan terhadap hukuman sebatan di khalayak akan menimbulkan Islamofobia.

Berkaitan kehadiran khalayak, Mohd Amran menjelaskan SOP Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara menetapkan bahawa kehadiran adalah sangat terhad dan tertakluk kepada perintah Mahkamah.

Beliau berkata pelaksanaan hukuman itu hanya boleh disaksikan Pegawai Kehakiman Syariah – seorang hakim syarie atau pegawai yang dilantik untuk memastikan hukuman dilaksanakan mengikut peraturan ditetapkan; Pendakwa Syarie – seorang pendakwa yang bertanggungjawab dalam kes tersebut dan  orang yang difikirkan patut hadir oleh Mahkamah – dengan kehadiran pihak lain bergantung kepada budi bicara dan arahan Mahkamah, yang biasanya mengambil kira sensitiviti dan keperluan menjaga maruah serta keselamatan semua pihak.

“SOP ini tidak menyebut tentang kehadiran khalayak awam secara umum, apatah lagi dalam jumlah besar. Sebaliknya, ia menekankan aspek privasi, pengurusan tertib, dan pematuhan kepada undang-undang serta etika… Hal ini penting untuk memastikan pelaksanaan hukuman tidak disalahertikan atau dijadikan tontonan yang sensasi.

“Tempat pelaksanaan hukuman sebatan di luar penjara bagi Negeri Terengganu telah ditetapkan secara rasmi di bawah perenggan 125(3)(c) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001.

“Antara lokasi yang dinyatakan dalam warta kerajaan Negeri Terengganu (No. 1684) ialah Masjid Abidin, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, dan beberapa masjid utama lain di negeri ini.

“Penetapan lokasi ini bertujuan memastikan pelaksanaan hukuman dapat dilakukan dalam persekitaran yang tertutup dan terkawal, selaras dengan kehendak undang-undang dan syarak,” katanya. — The Merdeka Times







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo