- Seorang pakar psikiatri menegaskan bahawa dalam Islam prinsip ‘public caning’ atau sebat di khalayak ramai bukan bermaksud ingin memalukan, tetapi ia mendidik masyarakat.
- Dr Rozanizam Zakaria berkata prinsip itu juga diterima sejagat – mendidik dalam mencegah di mana bacaan lanjut boleh dibuat menerusi Deklarasi Doha yang diterima Kongres ke-13 PBB (United Nations Congress on Crime Prevention and Criminal Justice).
- “Bukankah mana-mana ahli psikologi pasti akan belajar Learning Theories seperti Social Learning Theory yang dipelopori Albert Bandura – manusia belajar melalui pemerhatian! Jadi jangan menafikan aspek ini juga,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad yang turut memuat naik tangkap layar hantaran Instagram freemalaysiatoday berhubung artikel “Public caning is ineffective in changing behaviour, warn experts”.
- Rozanizam menegaskan perkara itu sebagai respon kepada artikel berkenaan yang diterbitkan FMT semalam yang melaporkan sudut pandang seorang kaunselor dan seorang ahli psikologi klinikal yang kedua-duanya bukan Muslim tetapi mengulas secara langsung tentang amalan perundangan melibatkan orang Islam.
KUALA LUMPUR — Seorang pakar psikiatri menegaskan bahawa dalam Islam prinsip ‘public caning’ atau sebat di khalayak ramai bukan bermaksud ingin memalukan, tetapi ia mendidik masyarakat.
Dr Rozanizam Zakaria yang juga Pengerusi Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Pahang, berkata prinsip itu juga diterima sejagat – mendidik dalam mencegah di mana bacaan lanjut boleh dibuat menerusi Deklarasi Doha yang diterima Kongres ke-13 PBB (United Nations Congress on Crime Prevention and Criminal Justice).
“Bukankah mana-mana ahli psikologi pasti akan belajar Learning Theories seperti Social Learning Theory yang dipelopori Albert Bandura – manusia belajar melalui pemerhatian! Jadi jangan menafikan aspek ini juga.
“Sebagai rakyat Malaysia juga, kita seharusnya mengiktiraf nilai Islam yang menjadi agama persekutuan dalam undang-undang, pembentukan moral masyarakat dan penentu apa yang diterima sebagai norma sosial.
“Janganlah terbawa-bawa dengan perspektif lensa barat sahaja,”katanya menerusi hantaran di Facebookpada Ahad yang turut memuat naik tangkap layar hantaran Instagram freemalaysiatoday berhubung artikel “Public caning is ineffective in changing behaviour, warn experts”.
Rozanizam menegaskan perkara itu sebagai respon kepada artikel berkenaan yang diterbitkan FMTsemalam yang melaporkan sudut pandang seorang kaunselor dan seorang ahli psikologi klinikal yang kedua-duanya bukan Muslim tetapi mengulas secara langsung tentang amalan perundangan melibatkan orang Islam.
Kenyataan kaunselor dan ahli psikologi klinikal itu susulan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah khalwat berulang, Mohd Affendi Awang, 42, di Terengganu pada Jumaat lalu mengikut undang-undang jenayah syariah negeri.
Dalam pada itu, Rozanizam berkata apa yang menarik dalam mengulas mengapa kadar jenayah di Singapura rendah, terdapat artikel yang disiarkan University of Chicago Law School yang secara langsung menyentuh pengaruh agama dan budaya dalam menentukan “public morality”.
Beliau berkata artikel itu antara lain menyatakan bahawa budaya Singapura banyak dipengaruhi oleh Konfusianisme disebabkan majoriti penduduknya berbangsa Cina di mana dua konsep utama dalam falsafah tersebut ialah tanggungjawab/rasa malu dan keutamaan hubungan.
“Singaporean culture is heavily influenced by Confucianism because of its Chinese majority population. Two core concepts of Confucianism are duty/shame and the primacy of relationships.”
“Akhirnya, marilah kita sama-sama menghormati sempadan profesionalisme dan keharmonian negara ini.
“Jika kita gagal menghormati sempadan ini, ia akan membuka ruang perdebatan yang lebih tidak sihat dalam negara yang kita semua sayang ini,” kata Rozanizam . — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment