NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RCI MAHB mungkin akan ditubuhkan waktu kerajaan hari ini jadi pembangkang



  • Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan penswastaan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)  mungkin akan ditubuhkan saat kerajaan hari ini menjadi pembangkang.
  • Amaran tegas Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang dikongsi di laman Facebooknya hari ini bagi merujuk isu kewajaran untuk menswastakan syarikat penerbangan negara tersebut.
  • Fadhli juga tidak menolak kemungkinan akan ada pihak yang bakal diheret ke muka pengadilan.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan penswastaan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)  mungkin akan ditubuhkan saat kerajaan hari ini menjadi pembangkang.

Amaran tegas Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang dikongsi di laman Facebooknya hari inibagi merujuk isu kewajaran untuk menswastakan syarikat penerbangan negara tersebut.

Fadhli juga tidak menolak kemungkinan akan ada pihak yang bakal diheret ke muka pengadilan.

“Sewaktu kamu jadi pembangkang nanti, tidak boleh ditolak kemungkinan bahawa Suruhanjaya Diraja akan ditubuh untuk menyiasat urus niaga songsang ini.

“Boleh jadi juga akan ada yang akan disyor untuk dihadap ke muka pengadilan. Pada waktu itu, jangan ada ahli kabinet yang mengambil sikap ‘lepas tangan’, semua perlu bertanggungjawab atas keputusan ‘bodoh’ ini!,” tulis beliau.

Dalam perkongsian sama, Fadhli turut memuat naik kenyataannya yang mempersoalkan kewajaran untuk menswastakan syarikat penerbangan negara itu di saat MAHB mencatat keuntungan dua kali ganda.

“Dengan semua indikator kewangan dan operasi yang memberangsangkan ini, timbul persoalan: Perlu ke kita swastakan MAHB? Kalau syarikat ini dah mencatat keuntungan dua kali ganda, pendapatan meningkat, kualiti perkhidmatan diiktiraf di peringkat global, dan jumlah penumpang pun dah hampir pulih ke paras pra-pandemik, kenapa masih perlu diswastakan?

“Sebagai rakyat dan pembayar cukai, wajar kita bertanya: Siapa yang benar-benar untung? Adakah rakyat Malaysia atau entiti swasta tertentu?” soalnya.

Keuntungan bersih MAHB dilaporkan melonjak lebih dua kali ganda kepada RM210.4 juta berbanding RM94.7 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. – The Merdeka Times.





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo