NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puad dakwa Zahidi hanya cari ‘tempat berlindung’ dalam PKR




PETALING JAYA
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi menyifatkan bekas timbalan menteri Zahidi Zainul Abidin menyertai PKR hanya untuk mencari ‘tempat perlindungan’, bukan berdasarkan prinsip perjuangan membela rakyat.

Katanya, Zahidi tidak lagi relevan dalam politik Perlis selepas kalah teruk sebagai calon bebas dalam PRU15, malah kehilangan wang pertaruhan.

“Saya yakin Zahidi tidak lagi efektif dalam senario politik Perlis. Dia tidak ada pengaruh. Bila dia bertanding bebas dia kalah teruk dan hilang wang pertaruhan.

“Dia cuma mencari tempat perlindungan baru bukan prinsip perjuangan untuk membela rakyat,” katanya kepada FMT.

Puad berkata, kekalahan itu mencerminkan pengaruh Zahidi semakin pudar dalam kalangan pengundi, sekali gus menyebabkan hasratnya mengembangkan PKR di Perlis tidak realistik.

Justeru, beliau mencadangkan Zahidi mempertimbangkan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) jika mahu terus menyumbang kepada masyarakat tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.

“Saya yakin dia tidak akan berjaya untuk menubuhkan 400 ranting PKR di Perlis. Itu cakap kosong dan mimpi di siang hari. Lebih baik Zahidi menyertai NGO kalau mahu terus berperanan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Zahidi yang juga bekas ketua Umno Padang Besar menyuarakan hasrat mengukuhkan PKR untuk menawan Perlis pada PRU16.

Beliau berkata, kemasukan dalam parti direstui Presiden PKR Anwar Ibrahim dengan gerakan telah dimulakan untuk menubuhkan 400 ranting di seluruh negeri itu.

Pada PRU15, Zahidi digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Padang Besar, namun bertanding sebagai bebas menjadikan keahliannya dalam Umno turut gugur. Beliau tumpas di kawasan Parlimen berkenaan termasuk di DUN Titi Tinggi.

Zahidi pernah menjadi timbalan menteri komunikasi dan multimedia dari 2021 hingga 2022.


Sumber | FMT Malaysia










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo