NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek tebatan banjir: Kita batalkan kerana tolak rundingan terus – Anwar




BANGI, Selasa – Kerajaan membatalkan projek tebatan banjir yang dibuat pentadbiran terdahulu kerana dasar kerajaan Madani menolak rundingan terus, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, pembatalan projek itu yang kemudiannya ditawarkan secara tender terhad menghasilkan penjimatan dana yang begitu besar.

 

“Rundingan terus bagi saya cukup lemah asasnya. 

 

“Kalau kita ada tender, dalam kes ini dipercepatkan kerana kita katakan tender terhad, maknanya sekurang-kurangnya ada perbandingan antara 10 syarikat yang berkeupayaan dan mereka akan memberikan kos yang munasabah.

 

“Ya, kita ada rekod bahawa dalam rundingan terus dengan proses tender memang kita selamatkan dana besar daripada yang diperuntukkan sebelumnya,” katanya dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

 

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang meminta Perdana Menteri nyatakan sekiranya terdapat bukti penyelewengan ekoran pembatalan projek tersebut.

 

Persoalan itu apabila dibangkitkan apabila projek tebatan banjir dilaporkan banyak yang hampir siap dengan ada yang sudah mencecah 90% kesiapsiagaannya, namun dibatalkan pada Disember 2022 oleh kerajaan Madani.

 

Selain itu, Syed Saddiq juga meminta Anwar menjelaskan sekiranya pembatalan projek itu dan ditawarkan secara tender menjejaskan garis masa persediaan untuk tangani banjir besar.

 

Mengulas lanjut, Anwar berkata, projek tembatan yang dibuat menerusi tender itu tetap menjadi keutamaan.

 

Beliau berkata, semua projek terbabit kecuali di Terengganu masih mengikut jadual yang ditetapkan.

 

“Jadi saya nak beri jaminan yang penting yang dibangkitkan YB Muar, jangan ini menyebabkan kelambatan, tetapi proses umpamanya penilaian teknikal oleh kementerian, kemudian penilaian kewangan oleh Kementerian Kewangan harus dipatuhi.

 

“Saya harap ahli-ahli yang berhormat dalam sistem sekarang ini, proses tender mesti cukup telus dan kebocoran yang besar sebelum ini ialah kerana kita ikut amalan rundingan terus,” tambahnya.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo