- Aktivis seni grafik Fahmi Reza memberi peringatan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan bahawa perbuatan mengkritik pemerintah dengan seni dan satira bukanlah satu jenayah.
- Peringatan itu susulan tindakan SKMM yang membuat laporan polis terhadap perkongsian satira Fahmi yang memaparkan Musa Aman, yang baru-baru ini dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah, sebagai “koruptor nombor satu” negeri itu.
- Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 Disember dan Dewan Negara pada 16 Disember lalu. Namun, pindaan tersebut masih belum mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong atau diberikan tarikh penguatkuasaan.
KUALA LUMPUR — Aktivis seni grafik Fahmi Reza memberi peringatan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan bahawa perbuatan mengkritik pemerintah dengan seni dan satira bukanlah satu jenayah.
Peringatan itu susulan tindakan SKMM yang membuat laporan polis terhadap perkongsian satira Fahmi yang memaparkan Musa Aman, yang baru-baru ini dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah, sebagai “koruptor nombor satu” negeri itu.
“Peringatan kepada SKMM dan Kerajaan MADANI. Mengkritik pemerintah dan penguasa dengan seni dan satira bukan satu jenayah. Kalau tak mahu dibadutkan rakyat, janganlah jadi pemerintah yang bangs**!
“Solidariti dengan semua rakyat Sabah yang melawan rasuah, melawan koruptor!,” tulis Fahmi di akaun Facebooknya pagi tadi.
Dalam kenyataan kepada media selepas memberi keterangan kepada pihak polis, katanya, dirinya disiasat bawah tiga undang-undang. Selain Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia, katanya kes tersebut juga melibatkan Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
“Semasa pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia dalam perbahasan (di parlimen), menteri kata, satira dan parodi dibenarkan.
“Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang sebelum masuk parti politik, masuk DAP, jadi ahli parlimen, dia peguam untuk kes aku, dia keluar kenyataan satira dan parodi dibenarkan tidak lagi jadi jenayah.
“Tetapi apa cerita sekarang, (aku) kena siasat. Apa jadi? Saya disiasat kerana satira. Kepada Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, apa cerita?
“Bolehkah kita percaya kepada pemerintah ini?” soalnya.
Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 Disember dan Dewan Negara pada 16 Disember lalu. Namun, pindaan tersebut masih belum mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong atau diberikan tarikh penguatkuasaan.
Menurut pindaan itu, satira dan parodi sepatutnya dilindungi. Namun, klausa baru juga memperuntukkan hukuman untuk komunikasi yang “sangat menyinggung perasaan” – satu definisi yang dianggap kabur dan terbuka kepada pelbagai tafsiran.
“Sebelum dapat kuasa (janji) nak mansuh Seksyen 233 tapi sekarang nak perketatkan lagi,” katanya. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment