KUALA LUMPUR – Pindaan Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diluluskan semalam merupakan sebahagian usaha berterusan untuk memastikan parti itu menjadi inklusif, progresif dan relevan dengan tuntutan semasa.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, prinsip asas sistem satu anggota satu undi yang diperkenalkan sebelum ini diperkukuhkan lagi menerusi pindaan itu dengan fokus terhadap peluasan representasi serta proses pelaksanaan yang lebih cekap, telus dan demokratik.
Jelas beliau, pindaan itu juga mencerminkan komitmen PKR untuk memperkemas struktur organisasi parti, memastikan ia lebih bersedia menghadapi cabaran politik serta memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang mendukung nilai-nilai keadilan, perpaduan dan kesaksamaan.
“KEADILAN (PKR) kekal teguh dengan visi memperkasakan demokrasi dalaman parti demi melahirkan kepimpinan yang benar-benar berakar umbi kepada suara anggota dan rakyat.
“Saya percaya bahawa keputusan ini adalah satu langkah penting dalam memperkukuhkan kekuatan parti untuk terus memainkan peranan sebagai tonggak reformasi di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.
Semalam, Kongres Nasional Khas PKR meluluskan Usul Pindaan Perlembagaan parti itu termasuk menambah jumlah perwakilan yang akan mengundi untuk enam jawatan tertinggi dan 20 anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP) serta menetapkan kuota gender dan etnik. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment