BANGI, Jumaat – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) supaya tidak mengambil sikap sambil lewa berhubung titah adendum berkait dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, rakyat menuntut kerajaan melakukan sesuatu yang jujur dan telus berhubung perkara terbabit atau dihukum pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Rakyat Malaysia ingin melihat kerajaan PH-BN melakukan sesuatu yang jujur dan telus.
“Andai kerajaan ambil sambil lewa serta membiarkan tangan ghaib melakukan sesuatu dengan sesuka hati pada perundangan negara berdaulat Malaysia hari ini, maka jangan terkejut andai nanti kerajaan akan dihukum pada PRU akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau mendakwa, titah adendum bapanya telah dikeluarkan malah tersebar di media sosial, menjadikan ia bukti yang jelas dan kuat.
Katanya, keputusan itu mengukuhkan lagi hak Najib mendapatkan perbicaraan yang adil dan setimpal.
“Rakyat kini menuntut undang-undang agar keadilan ditegakkan dengan penuh ketelusan, tanpa sebarang penyelewengan mahupun gangguan kuasa politik dari sentuhan tangah ghaib,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak yang menyatakan bahawa titah adendum itu sebagai palsu adalah pernyataan tidak bijak dan terdesak dalam kalangan ahli politik yang takut dengan pengaruh bekas Perdana Menteri itu.
Tambah beliau, abangnya, Datuk Mohamad Nizar Najib telah membuat satu afidavit tambahan dan menyerahkannya ke mahkamah satu salinan adendum yang mengarahkan Najib dikenakan tahanan di rumah.
“Mengapa perlu menyembunyikan kebenaran dan apakah niat sebenarnya pada mereka yang terlibat secara terus perihal titah adendum pengampunan Ayahnda Najib Razak?
“Tindakan ini hanya mendedahkan betapa rendahnya integriti dalam sistem yang kita ada pada hari ini,” tambahnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment