NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peningkatan 815 peratus kes autisme berkait rapat faktor genetik, gaya hidup ibu bapa



  • Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn Bhd, Dr Noor Aishah Rosli berkata faktor genetik (sejarah keluarga yang mempunyai autisme), memainkan peranan penting dalam perkembangan kadar autisme begitu juga dengan gaya hidup ibu bapa.
  • Sebagai contoh gaya hidup ibu bapa yang mungkin mempunyai pekerjaan yang terdedah dengan toksik, bahan kimia dan dari segi pengambilan makanan yang banyak memilih makanan ‘fast food’.
  • “(Bagaimanapun) Sehingga sekarang tiada satu kajian saintifik yang mengatakan makanan tertentu boleh menyebabkan autisme tetapi secara umumnya kita pilihlah makanan yang baik kurangkan makanan segera, (sebaliknya makan) makanan seimbang cukup protein dan zatnya.
  • “Autisme ini berlaku bukan disebabkan satu sebab sahaja. Faktor lain yang boleh mengaitkan punca berlakunya autisme ini adalah faktor genetik, faktor persekitaran, faktor pemakanan dan faktor umur…. Hingga hari ini tidak ada lagi kajian yang mengatakan pemakanan punca utama autisme. Banyak lagi faktor lain yang berkaitan sebenarnya,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.

KUALA LUMPUR — Statistik kanak-kanak autisme yang dilaporkan meningkat setiap tahun boleh dikatakan ia berkait rapat dengan faktor genetik dan gaya hidup ibu bapa.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn Bhd, Dr Noor Aishah Rosli berkata faktor genetik (sejarah keluarga yang mempunyai autisme), memainkan peranan penting dalam perkembangan kadar autisme begitu juga dengan gaya hidup ibu bapa.

Noor Aishah yang sering mendiagnosis kes autisme kanak-kanak berkata sebagai contoh gaya hidup ibu bapa yang mungkin mempunyai pekerjaan yang terdedah dengan toksik, bahan kimia dan dari segi pengambilan makanan yang banyak memilih makanan ‘fast food’.

Katanya, ketika ini pelbagai jenis makanan boleh didapati, termasuk makanan segera yang adakala kandungan bahannya tidak diketahui.

“(Bagaimanapun) Sehingga sekarang tiada satu kajian saintifik yang mengatakan makanan tertentu boleh menyebabkan autisme tetapi secara umumnya kita pilihlah makanan  yang baik kurangkan makanan segera, (sebaliknya makan) makanan seimbang cukup protein dan zatnya.

“Autisme ini berlaku bukan disebabkan satu sebab sahaja. Faktor lain yang boleh mengaitkan punca berlakunya autisme ini adalah faktor genetik, faktor persekitaran, faktor pemakanan dan faktor umur…. Hingga hari ini tidak ada lagi kajian yang mengatakan pemakanan punca utama autisme. Banyak lagi faktor lain yang berkaitan sebenarnya,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pertanyaan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar di Dewan Rakyat pada 18 November lalu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), sama ada peningkatan statistik kanak-kanak autisme setiap tahun dikaitkan dengan faktor genetik atau gaya hidup ibu bapa.

Mengulas pula laporan berita Utusan Malaysia pada 24 Disember lalu yang melaporkan jumlah kanak-kanak disahkan alami autisme meningkat amat ketara iaitu naik 815 peratus daripada 6,991 kes pada 2013 kepada 63,966 kes setakat September tahun ini, Noor Aishah berkata secara umumnya tiada satu faktor yang tepat yang boleh dikatakan menjadi punca utama kepada peningkatan itu.

Tetapi menurut beliau antara yang menyumbang kepada peningkatan statistik itu adalah disebabkan terdapatnya peningkatan kesedaran masyarakat tentang autisme yang sekali gus menyaksikan mereka mulai berjumpa pakar untuk membuat diagnosis apabila melihat anak mereka tidak membesar seperti kanak-kanak lain.

“Selain daripada itu, faktor imuniti (ketahanan tubuh badan terhadap sesuatu benda asing dari luar) pun salah satu juga (boleh) berlaku…. Faktor imuniti ini berlaku semasa kehamilan lah yang boleh menyebabkan berlakunya autisme.

“Mungkin contoh imuniti ini, ibu yang mengandung itu mengalami macam jangkitan atau keradangan pada kehamilan,” katanya. — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo