NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengampunan penuh Anwar sah – AMK Klang



KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang menegaskan bahawa pengampunan penuh yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 adalah sah dan mengikut prosedur undang-undang.

Ini sekaligus menyangkal kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh yang mempersoalkan proses tersebut.

Ketua AMK Klang, Mohamad Shahrul Adnan berkata, pengampunan tersebut telah melalui proses rasmi Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipertimbangkan dalam mesyuarat pada 15 Mei 2018 dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada keesokan harinya.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat Lembaga Pengampunan dan selaras dengan peruntukan perundangan.

“Kenyataan Akmal Saleh yang mempersoalkan kesahihan pengampunan tanpa bukti kukuh adalah tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, sebagai pemimpin muda, Akmal seharusnya memastikan sebarang kenyataan yang dikeluarkan berasaskan fakta dan bukti yang jelas.

Menurutnya, semua pihak termasuk pemimpin politik perlu fokus kepada isu-isu yang benar-benar membebankan rakyat, seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kesejahteraan sosial.

“Pentingnya memelihara keharmonian politik dalam kerajaan perpaduan dan kenyataan berbentuk provokasi hanya akan meretakkan hubungan antara parti dan mengganggu usaha kerajaan dalam membangunkan negara.

“Akmal perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa akan datang serta memastikan sebarang dakwaan berasaskan fakta yang sahih,” ujarnya. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo