NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda PAS Nyatakan Sokongan Penuh Terhadap Kes Perbicaraan Dr Kamarul Yusof Melawan Hannah Yeoh

Yb Afnan Hamimi, Ketua Pemuda PAS. Gambar : Utusan
Kuala Lumpur, 30 Disember 2024 : Pemuda PAS Malaysia mengumumkan sokongan penuh terhadap kes perbicaraan melibatkan Dr. Kamarul Yusoff yang dijadualkan pada 14, 16, dan 17 Januari 2025 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes ini melibatkan pertembungan antara Dr. Kamarul Yusoff dan Hannah Yeoh, yang menurut Pemuda PAS, merupakan satu medan untuk membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan (PH-BN) terhadap prinsip kebebasan bersuara, ketelusan fakta, dan pembelaan terhadap Perlembagaan Persekutuan serta hak-hak masyarakat Islam di Malaysia.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato’ Taib Azamudden, menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Kamarul Yusoff berasaskan fakta yang jelas, termasuk petikan dari buku dan kenyataan Hannah Yeoh sendiri. Menurut beliau, kenyataan tersebut bukan fitnah, sebaliknya merupakan analisis berfakta yang bertujuan membangkitkan kesedaran terhadap ancaman terhadap kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Pemuda PAS juga menegaskan bahawa hak untuk menyuarakan pandangan adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, terutamanya apabila ia disokong oleh bukti kukuh. Isu ini dianggap serius kerana ia menyentuh sensitiviti Melayu-Islam dan boleh mengganggu keharmonian masyarakat. Selain itu, tindakan Hannah Yeoh membuat laporan polis terhadap kenyataan Dr. Kamarul Yusoff dilihat sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu utama, iaitu campur tangan agama dalam politik yang bertentangan dengan prinsip keadilan untuk semua.

Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Tan Sri Musa Hassan pada 23 Disember 2024, yang memperlihatkan pengakuan plaintif mengenai dakwaan yang dibangkitkan, memberi asas kukuh kepada pembelaan Dr. Kamarul Yusoff. 

Pemuda PAS menyeru agar seluruh umat Islam di Malaysia bersatu memberikan sokongan moral dan doa kepada Dr. Kamarul Yusoff dalam menghadapi perbicaraan ini, kerana ia bukan sahaja melibatkan individu tetapi juga maruah umat Islam di negara ini.

“Pemuda PAS yakin bahawa mahkamah akan membuat keputusan yang adil berlandaskan fakta dan bukti yang kukuh,” kata Afnan, sambil menambah bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan kes ini dan memperjuangkannya selagi tiada tindakan daripada kerajaan PH-BN khususnya Perdana Menteri. - 1Media.my

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo