Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) berhenti bersekongkol menindas golongan miskin di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata BNM bersekongkol dalam penindasan itu selepas menjadi pemegang saham terbesar di PayNet.
“Di mana keadilannya? Keuntungan ini hasil penindasan kelas pekerja miskin. BNM bersekongkol dalam hal ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
NUBE mendakwa PayNet meraih untung kasar RM544 juta dan untung bersih RM271 juta pada tahun lalu dengan keuntungan terkumpul RM1.43 bilion dan aset RM2.1 bilion.
Katanya, 11 bank perdagangan turut mengaut keuntungan berbilion ringgit pada tahun lalu dengan Maybank mengaut keuntungan tertinggi RM8.27 bilion.
CIMB Bank mencatat keuntungan kedua tertinggi RM6.98 bilion diikuti Public Bank (RM5.43 bilion), RHB Bank (RM2.04 bilion) dan Ambank (RM1.67 bilion).
Solomon berkata amat tidak adil apabila golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 membayar ‘tol’ di mesin ATM yang menambah tekanan kepada kewangan masing-masing.
“NUBE menggesa supaya PayNet dan pemegang sahamnya mengambil tindakan sewajarnya sebagai satu khidmat untuk rakyat Malaysia yang dibelenggu kemiskinan.
“NUBE menggesa fi ATM luar rangkaian RM1.00 ditamatkan dengan kadar segera,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment