KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja tidak mendapat perbicaraan adil malah berdepan cabaran dengan ‘lakonan matang’ peringkat tertinggi.
Dalam masa sama, beliau berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang berterus-terang mempertahankan Najib termasuk mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri itu dibebaskan sepenuhnya bukan menjadi tahanan rumah.
Beliau yakin Nik Mohamad Abduh ikhlas apabila mendakwa perbicaraan Najib adalah `senget’ seperti mana dakwaan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebil sebelum ini yang mana Najib tidak diberikan perbicaraan adil.
“Kita tidak pasti pemimpin Pas lain ikhlas atau tidak apabila beria-ia membangkitkan isu titah adendum. Ada yang ke mahkamah tunjuk muka.
“Kita doakan Nik Abduh kekal lama dalam kepimpinan tertinggi Pas. Parti itu suka cop orang. Siapa yang dicop senget akan cepat disisihkan.
“Tetapi apa yang dimaksudkan oleh Nik Abduh dengan ‘berlakon matang’? Adakah ‘mereka yang bijak berlakon tetapi hakikatnya palsu’?” soalnya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.
Semalam, menerusi catatan di laman sosial Facebooknya, Nik Mohamad Abduh berkata, Najib bukan sekadar perlu menjalani tahanan di rumah sebaliknya perlu dibebaskan sepenuhnya.
Ini kerana, ujar beliau, Najib ketika ini sedang berdepan dengan perbicaraan yang disifatkannya ‘senget’ dan tidak diberikan hak untuk membela diri dengan sempurna.
Tambah Nik Mohamad Abduh, Najib berhak dibebaskan sepenuhnya bukan kerana bekas Perdana Menteri itu terbukti tidak bersalah, tetapi gagal dibuktikan bersalah.
Najib ketika ini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Titah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment