NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri Agama tidak main peranan, beri penjelasan isu sambutan Krismas di KPKT

Timbalan Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mohd Hafez Sabri bercakap pada media berkenaan Himpunan Solidariti Bangkit Umat dan Laporan Polis terhadap Hannah Yeoh serta Nga Kor Ming di Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 31 DISEMBER 2024.


KUALA LUMPUR – Pihak berautoriti agama termasuk Menteri Agama perlu membuat penjelasan mengenai sambutan Krismas di premis yang diterajui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar menyifatkan sambutan itu bertentangan dengan panduan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Saya nak ulas kenyataan Kor Ming, persoalan kita bukan kepada sambutan Krismas itu tapi adakah dibenarkan premis kerajaan untuk adakah ritual agama kerana garis panduan majlis fatwa  dan mufti wilayah tak dibenarkan ada nyanyian.

“Kedua, pokok Krismas itu antara garis panduan sehinga hari ini kita rakyat, premis kerajan diubah, apakah ia dibenarkan sebab sampai hari ini tak ada mana-mana pihak menjawab persoalan tersebut termasuk mufti wilayah, menteri agama, JAKIM,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Mohd Hafez Sabri pula berkata, satu perhimpunan aman bagi membantah tindakan pihak-pihak yang mengganggu gugat keharmonian umat Islam di Malaysia akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Bharu, Jumaat ini.

Perhimpunan yang dipanggil “Himpunan Bangkit Ummah” oleh Solidariti Gerakan Bangkit Rakyat terdiri daripada Dewan Pemuda Pas dan Armada Bersatu turut akan disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Mohd Hafez berkata, antara isu yang akan dibawa dalam perhimpunan berkenaan iaitu bantahan terhadap perkara yang dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Kor Ming.

Katanya, isu berkaitan Hannah mengenai penerbitan buku berjudul Becoming Hannah yang didakwa mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius dan wajar ditentang.

Begitu juga, katanya, isu yang ditimbulkan oleh Kor Ming apabila melakukan ritual sambutan Krismas di pejabat kerajaan.

“Kita sebagai rakyat dan umat Islam, kita rasa terancam di atas pengakuan Hannah kerana melanggar kedaulatan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara Islam dan Islam agama Persekutuan.

“Kita mohon siasatan menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mohon Kementerian Dalam Negeri haramkan buku tersebut. Kita minta PM pecat Hannah. Dia tak sesuai pimpin Kementerian Belia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempelawa gerakan sayap parti-parti politik dalam kerajaan seperti UMNO, PKR dan Amanah untuk turut serta dalam perhimpunan yang bertujuan menyelamatkan martabat Islam itu.

Dalam  hal yang berkait dengan Islam semua pihak sewajarnya berganding bahu agar matlamat yang hendak dicapai akan berhasil dengan jayanya.

“Kita mengalukan semua entiti tak kira siapa untuk bersama setakat ini penggerak utama Pemuda Pas dan Armada. Kita cakap isu ini bukan soal politik, ini isu umat Islam dan semua berhak bersuara memberikan pandangan dan bantahan,” ujarnya yang menyatakan penganjuran himpunan itu telah dimaklumkan kepada polis. – MalaysiaGazette













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo