NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Luruan monsun dijangka sehingga 16 Disember




BANGI, Isnin – Luruan monsun yang sedang berlaku dijangka akan berterusan sehingga 16 Disember depan, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).

 

Katanya, ramalan itu berdasarkan analisis model cuaca terkini.

 

Met Malaysia berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur dan utara Semenanjung serta Sabah dalam tempoh berkenaan.

 

“Pada masa sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.

 

“Met Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (Buruk & Waspada) yang melibatkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa sehingga 11 Disember 2024.

 

“Manakala amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 12 Disember 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Pada masa sama, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web dan sosial rasmi Met Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo