Keadaan jalan runtuh di KM35 Jalan Gua Musang-Jeli dekat Kampung Jerek menuju Jelawang pada 30 Nov lalu. (Gambar Bernama) |
Bagi jalan persekutuan, beliau berkata, terdapat 12 lokasi terjejas banjir mengakibatkan lapan tanah runtuh, dua bahu jalan runtuh dan dua jalan mendap yang memerlukan anggaran kos pembaikan RM16 juta.
“Bagi jalan negeri, empat lokasi terjejas mengakibatkan dua jalan runtuh, satu bahu jalan rosak dan satu jalan mendap dengan anggaran kos pembaikan RM6.5 juta,” katanya di Pejabat Jabatan Kerja Raya negeri di sini.
Menurutnya, kos pembaikan itu akan diusahakan melalui peruntukan tambahan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atas sebab kerosakan akibat bencana dan sesuatu kerosakan lazimnya mengambil masa tiga bulan untuk diperbaiki.
“Banjir ada gelombang…gelombang satu, dua dan tiga. Kita terpaksa tunggu dan lihat dalam masa beberapa minggu dikhuatiri apabila kita baiki awal, berlaku lagi banjir.”
Ahmad berkata, monsun timur laut yang melanda tahun ini tidak menjejaskan kemajuan projek utama di Kelantan seperti Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.
“Ketika kita memberikan projek berkaitan, anggaran masa yang kita berikan kepada pihak mendapat projek seperti sekolah, jambatan, balai polis dan pusat kesihatan contohnya, mengambil kira monsun timur laut.
“Sebagai contoh, stadium untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Bukit Merbau Pasir Putih dijangka siap 2026 dan Hospital Bachok mula beroperasi semalam.”
Antara jalan negeri paling teruk terkesan ialah Jalan Gua Musang-Jelawang dan Adun Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani juga meminta pembinaan sebuah jambatan Bailey, yang tidak dapat dilakukan kerana tiada jalan alternatif di situ.
“Kawasan itu tiada jalan alternatif dan tidak boleh dibuat lencongan kerana berada di kawasan tinggi. Jika dibina jambatan Bailey pun terpaksa dibuka kemudian, jadi lebih baik dibuat jambatan kekal.”
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment