NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan akui ada kelemahan dalam melaksanakan subsidi bersasar diesel




BANGI, Isnin – Kerajaan akui masih terdapat kelemahan dalam pelaksanaan subsidi bersasar bagi bahan api diesel yang mula dilaksanakan sejak Jun lalu.

 

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying bagaimanapun tidak memperincikan kelemahan tersebut.

 

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini masih dalam libat urus bersama semua pihak berkepentingan dan industri bagi menambah baik pelaksanaan penyasaran subsidi itu.

 

Katanya, sejak pelaksanaannya iaitu kurang dari tempoh enam bukan, kerajaan akan terus memantau dan membuat penambahbaikan dari masa ke semasa.

 

“Memang kita tidak menafikan apabila melaksanakan sesuatu yang baharu. 

 

“Kita akan memantau dari masa ke semasa, memang ada kelemahan, kita masih dalam libat urus dengan semua industri atau pihak berkepentingan.

 

“Kita terdapat apa-apa yang kita boleh perbaiki atau tambah baik, kita tentu akan lakukan,” katanya dalam sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof yang meminta kerajan jelaskna sekiranya sudah kenal pasti kelemahan pelaksanaan subsidi bersasar diesel dan langkah-langkah mengatasinya.

 

Dalam pada itu, Hui Ying berkata, tiada caj tersembunyi dikenakan terhadap harga runcit bahan api diesel dan RON97 di stesen minyak seperti didakwa segelintir pihak.

 

Katanya, penetapan harga runcit secara mingguan dilaksanakan melalui kaedah apungan terkawal dan tidak menggunakan mekanisme harga automatik (APM).

 

“Tiada caj tersembunyi seperti yang ditanya YB (Permatang Pauh) tadi.

 

“Selaras dengan pelaksanaan subsidi diesel mulai 10 Jun tahun ini, penetapan harga runcit secara mingguan dilaksanakan melalui kaedah apungan terkawal dan kita memang pantau rapi harga diesel.

 

“Kita pastikan harga diputuskan oleh kerajaan memang mengikut standard,” katanya yang menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.

 

Sementara itu, Hui Ying menjelaskan, Sabah dan Sarawak tidak dilaksanakan penyasaran subsidi disebabkan faktor geografi dan penggunaan bahan api itu bagi sebahagian besar pengangkutan di kedua-dua negeri terbabit.

 

“Memang bagi Sabah dan Sarawak pada ketika ini, kerajaan tidak melaksanakan penyasaran subsidi memandangkan sebahagian besar mod pengangkutan untuk menjalankan aktiviti ekonomi serta projek di kedua-dua negeri ini menggunakan diesel.

 

Tambahan juga keadaan geografi di situ mengehadkan kebolehlaksanaan mekanisme fleet card yang memerlukan kemudahan infrastruktur lebih sesuai terutama di pedalaman,” ujarnya.

 

Tambah beliau, kerajaan bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi pada masa hadapan.





Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo