NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan bekas pegawai Hannah hanya cubaan alih tumpuan sebenar – Harris



KUALA LUMPUR – Kenyataan mengecam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau lebih spesifik terhadap Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin oleh bekas pegawai Hannah Yeoh hanya untuk mengalih tumpuan daripada isu sebenar.

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, Khairil Khalid perlu sedar keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan saman malu Hannah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bukan sahaja membuktikan  kenyataan ingin ‘mengkristiankan Malaysia’  itu bukan fitnah tetapi satu fakta yang dipetik daripada buku Becoming Hannah.

Dakwanya, ia jelas agenda Hannah sebagai seorang ahli politik yang sekarang ini adalah anggota Jemaah Menteri seperti tertulis di dalam buku tersebut.

“Keputusan Yang Arif Hakim tidak ada sangkut paut dengan Bersatu mahupun Ketua Srikandi Bersatu. Sebagai Parti Pribumi yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air tentunya isu ini adalah satu perkara yang akan ditentang habis-habisan.

“Tidak ada kompromi soal agama seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Perkara 3.

“Sebagai ahli Parlimen dan ahli jemaah Menteri, Hannah telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia termasuk Islam adalah agama Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Harris Idaham berkata, Armada memohon agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat niat dan agenda disebalik kenyataan Hannah yang telah diputuskan adalah tidak fitnah dan benar.

Tegasnya, pihak pendakwa raya juga harus menunjukan keberanian mendakwa ahli jemaah menteri dan bukan sahaja mendakwa pemimpin pembangkang.

“Armada juga mengesa Perdana Menteri memberhentikan khidmat Hannah sebagai menteri sehingga kes ini selesai disiasat dan dibicarakan.

“Selepas kenyataan tersebut diputuskan sebagai bukan satu fitnah, Armada ingin bertanya kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, adakah ‘mengkristiankan Malaysia’ agenda tersirat parti tersebut kerana Hannah tidak akan memperjuangkan satu perkara yang bertentangan dengan pendirian parti,” ujarnya. – MalaysiaGazette














........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo