NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isunya titah adendum yang disembunyikan bukan permohonan baharu – Annuar



KUALA LUMPUR – Tidak wujud istilah Datuk Seri Najib Razak perlu membuat permohonan tahanan di rumah yang baharu seperti dibangkitkan menerusi kenyaan media Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana bekas Perdana Menteri berkenaan tidak pernah membuat permohonan sedemikian.

Sebaliknya dakwa Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa, Najib sebelum ini memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong yang kemudian memperkenan beberapa perkara selepas Lembaga Pengampunan bersidang.

Antaranya, kata beliau, titah adendum atau tahanan di rumah yang mencetuskan pertikaian sebelum ini namun kini diyakini benar-benar wujud oleh rakyat berdasarkan beberapa bukti yang tular di laman sosial.

“Isunya kewujudan titah adendum itu terus disembunyikan dan pelaksanaannya juga dinafikan.

“Peguam Najib terpaksa memohon kepada mahkamah sapaya kerajaan mengesahkan wujudnya titah tersebut dan memohon perintah agar titah itu dilaksanakan,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun, tambah Annuar, sikap berdolak-dalik dan berahsia kerajaan dalam memberi jawapan berhubung titah adendum itu menyebabkan rakyat menganggap kerajaan menderhakai titah raja dan sengaja tidak mahu memberikan apa yang hak kepada Najib.

Namun selepas melihat kebangkitan rakyat bersolidariti bersama rakyat hari ini, dakwa beliau, kerajaan mengeluarkan kenyataan menerusi AGC untuk mengalih perhatian kepada `permohonan baharu’ yang kononnya perlu dibuat oleh Najib.

“Sesetengah peguam kanan berpendapat tindakan Pejabat Peguam Negara itu cenderung kepada subjudiskerana secara langsung menyentuh isu yang sedang dalam pertimbangan mahkamah.

“Kini jelas tiada ketelusan di pihak kerajaan dan seolah-olah ada sesuatu yang cuba di di sembunyikan,” katanya.

Apa yang pasti, tambah Annuar, keadilan buat Najib telah dinafikan dan rakyat serta penyokong bekas Perdana Menteri itu kini semakin tekad untuk bersolidariti.

“Mereka dipercayai akan turun beramai-ramai pada 6 Januari ini di Putrajaya tanda sokongan dan menuntut keadilan untuk DSN (Najib),” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo