KUALA LUMPUR – Himpunan ‘Kami Bersama Hajiji’ pada 31 Disember nanti disifatkan sebagai provokasi untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap perjuangan membanteras rasuah.
Sekretariat Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah berkata, himpunan yang muncul selepas kumpulan itu merancang melakukan himpunan terlebih dahulu dilihat untuk kepentingan individu tertentu.
Malah jelasnya, Himpunan ‘Kami Bersama Hajiji’ itu tidak mempunyai tuntutan dan matlamat yang jelas.
“Menurut Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman, mana-mana perhimpunan balas harus ditukar lokasi, masa dan tempat oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis,” katanya menerusi kenyataan.
Sehubungan itu, sekretariat berkenaan bertekad untuk meneruskan himpunan tersebut.
“Kami ingin menegaskan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah akan diteruskan dan kali ini kami menyeru lebih ramai masyarakat untuk turut serta dalam perhimpunan aman ini.
“Perhimpunan ini merupakan saluran terbaik rakyat untuk bersuara, menyatakan kemarahan dan ekspresi, menuntut keadilan, ketelusan dalam tadbir urus peringkat negeri dan nasional.
“Terdapat pasukan sukarelawan keselamatan dan keshatan yang akan bersiap siaga sepanjang perhimpunan berlangsung. Orang ramai tidak perlu berasa gusar untuk menyertai perhimpunan ini kerana anggota keselamatan turut berada di lokasi perhimpunan untuk bertugas,” tambahnya.
Sebelum ini, sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menggelar diri mereka sebagai Suara Mahasiswa UMS merancang untuk menganjurkan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah pada 31 Disember jam 2 petang di depan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Bagaimanapun muncul satu lagi kumpulan yang menamakan diri sebagai Gerakan Bangkit Sabahan pula dilaporkan merancang penganjuran Himpunan Bangkit Sabahan Pertahankan Hak Sabah, Kami Bersama Hajiji pada hari yang sama. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment