- Pengakuan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di dalam buku terbitannya ‘Becoming Hannah‘, bahawa beliau adalah ‘duta tuhan’ dan mengajar agama Kristian secara halus di Malaysia menerusi penglibatannya di dunia politik, menjadi asas utama yang membawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
- Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan media Firma Peguambela dan Peguamcara Tetuan Azam Aziz & Co yang mewakili Musa Hassan di dalam prosiding berkenaan.
- Menerusi kenyataan itu, Hannah Yeoh gagal dalam kes samannya terhadap Musa Hassan berhubung ucapan di sebuah forum empat tahun lalu yang mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan golongan ‘Evangelis dan ‘Yahudi’ dan Mahkamah memerintahkan beliau untuk membayar kos RM40,000.
KUALA LUMPUR — Pengakuan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di dalam buku terbitannya ‘Becoming Hannah’, bahawa beliau adalah ‘duta tuhan’ dan mengajar agama Kristian secara halus di Malaysia menerusi penglibatannya di dunia politik, menjadi asas utama yang membawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan media Firma Peguambela dan Peguamcara Tetuan Azam Aziz & Co yang mewakili Musa Hassan di dalam prosiding berkenaan.
Menerusi kenyataan itu, Hannah Yeoh gagal dalam kes samannya terhadap Musa Hassan berhubung ucapan di sebuah forum empat tahun lalu yang mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan golongan ‘Evangelis’ dan ‘Yahudi’ dan Mahkamah memerintahkan beliau untuk membayar kos RM40,000.
Kenyataan itu berkata peguam yang mewakili Musa menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman tersebut dengan mempertimbangkan bahawa Hannah Yeoh dengan jelas mengaku di dalam bukunya bahawa beliau mengajar ajaran Kristian secara halus di Malaysia sejurus kembalinya ke tanah air.
“Mahkamah mempertimbangkan bahawa bukti menunjukkan pengakuan oleh Plaintif (Hanah Yeoh) sendiri di dalam buku tersebut bahawa dia mengajar agama Kristian secara halus di Malaysia dan bahawa dia kembali ke tanah air (selepas tamat pengajian di Australia) sebagai ‘Ambassador of God’ dan bahawa dia ingin menyebarkan ‘ajaran tuhannya’ melalui pejabat politiknya bahawa bukunya ditujukan untuk semua orang, bukan hanya Kristian.
“Pembelaan justifikasi tidak memerlukan pembuktian setiap perkataan sebagai benar, sebaliknya kebenaran substansial dari imputasi dan pengakuan oleh plaintif sendiri ini memberikan asas penting untuk pernyataan defendan berkenaan,” kata peguam Musa Hassan.
Peguam Musa Hassan turut memetik beberapa petikan daripada buku terbitan Hannah Yeoh yang menyatakan beliau tidak mengukur harga dirinya (self-worth) sebagai seorang ahli politik, namun mendakwa dirinya adalah seorang anak tuhan.
“Saya tidak mengukur nilai diri saya sebagai seorang ahli politik dengan undi atau dengan populariti saya di kalangan pengundi.
“Saya mengukur nilai diri saya dengan fakta bahawa saya adalah seorang anak tuhan,” kata Hannah Yeoh seperti dipetik kenyataan media itu.
Peguam Musa berkata Hannah yang juga merupakan wakil rakyat perlu menerima kritikan dan perdebatan berhubung tugas awamnya.
“Mahkamah menegaskan kepentingan kebebasan bersuara, terutamanya dalam perbincangan mengenai kepentingan negara, dan menekankan bahawa tokoh awam perlu menerima kritikan dan perdebatan berhubung tindakan serta kenyataan mereka dalam kapasiti awam,” katanya.
Menerusi saman difailkan pada 3 Julai 2020, Hannah mendakwa Musa memberi ucapan pada forum itu dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai dirinya dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya.
Kenyataan yang dipertikaikan itu mendakwa Hannah menulis bukunya ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, merosakkan Islam dan Malaysia dan meletakkan kepentingan peribadinya di atas kepentingan negara — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment