NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gugur semua kes ketika pentadbiran PH 1.0, kata Pemuda Umno Sabah

Ketua Pemuda Umno Sabah Sufian Abdul Karim berkata dengan penarikan balik pendakwaan ini, Malaysia dapat memperbaiki imej keadilannya di peringkat antarabangsa. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA
Pemuda Umno Sabah menggesa pihak pendakwaan menarik balik segala kes yang didakwa di mahkamah ketika era pentadbiran kedua Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Ketuanya Sufian Abdul Karim membuat desakan itu susulan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU 2018 adalah cacat memandangkan ia dibuat terburu-buru.

“Pihak pendakwaan perlu segera menarik balik segala kes yang didakwa semasa pentadbiran Pakatan Harapan 1.0 yang diterajui oleh Mahathir dan Bersatu.

“Pendakwaan ini jelas berlandaskan agenda politik, bukan prinsip keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pendakwaan tersebut dibuat dengan niat politik yang bersifat dendam dan bertujuan membunuh karakter individu tertentu serta parti-parti politik yang menjadi lawan mereka.

“Tindakan ini telah mencemarkan sistem keadilan negara. Kenyataan Anwar hari ini telah membuka mata seluruh rakyat yang mula melihat sistem keadilan negara tidak lagi bertindak adil dan lurus seperti lurusnya sebilah pedang.

“Dengan penarikan balik pendakwaan ini, Malaysia dapat memperbaiki imej keadilannya di peringkat antarabangsa.

“Langkah ini akan menunjukkan komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan yang sebenar tanpa dipengaruhi oleh permainan politik sempit,” katanya.

Sufian berkata, siri pendakwaan ketika itu telah membazirkan sumber kerajaan, termasuk masa, kewangan, dan tenaga kerja, hanya demi memenuhi misi politik yang berniat jahat.

Katanya, mangsa pendakwaan ini dianiaya secara sistematik dan terpaksa menghadapi proses mahkamah yang panjang, menanggung kos guaman yang besar, serta menanggung malu dan tekanan masyarakat.

Terdahulu hari ini, Anwar ketika mengulas pembebasan Rosmah Mansor daripada tuduhan pengubahan wang, Anwar berkata, kes tuduhan bermula sekitar tempoh itu digambarkan dibuat ‘penuh racun dan permusuhan’.

Beliau terus menegaskan beliau tidak terbabit dalam mana-mana kes Rosmah, sepertimana dilaporkan semalam.

“(Kes dituduh disertai) dendam politik daripada pihak yang berkuasa ketika itu,” katanya.

Pada Okt 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan pengubahan wang melibatkan RM7,097,750, dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Perdana menteri ketika itu adalah Mahathir yang dilantik pada 10 Mei 2018.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo