NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guan Eng mula tunjuk ‘tanduk’, berani arah UMNO



KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mengingatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang perhimpunan aman yang akan disertai ahli-ahli UMNO di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 Januari depan tiada kena-mengena dengan Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, tegas Dr. Muhamad Akmal Saleh, perhimpunan aman itu  semata-mata untuk menunjukkan solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Presiden UMNO.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan Guan Eng yang mana perhimpunan aman solidariti untuk Najib itu tidak sama dengan himpunan Bersih seperti yang pernah disertai ahli-ahli DAP sehingga mencetuskan huru-hara termasuk kereta diterbalikkan.

“Dan saya nak beritahu juga kamu siapa nak bidas UMNO? Kamu siapa nak arahkan UMNO? Lagi kuat kamu bidas UMNO, saya janji lagi ramai orang akan turun berhimpun pada 6 haribulan (Januari) ini.

“Kepada kawan-kawan di luar sana, dia (Guan Eng) sudah mula, tunggu apa lagi, kita jumpa pada 6 haribulan ini. Lagi kuat dia bidas kita, lagi kuat dan lagi ramai kita datang.

“Kita tunjukkan kepada dia,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Fcebook beliau hari ini.

Tedahulu, media melaporkan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan membidas UMNO kerana berganding bahu dengan Pas mengadakan perhimpunan solidariti untuk Najib, minggu depan.

Guan Eng berkata, ia akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan UMNO menjadi rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo