NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ganti rugi mangsa hilang rumah akibat banjir memang harus dipertimbangkan – Anwar




BANGI, Selasa – Perdana Menteri setuju dengan pandangan bahawa kerajaan harus memberi pertimbangan untuk memperuntukkan ganti rugi dengan jumlah munasabah kepada mangsa yang rumahnya musnah akibat banjir. 

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi membolehkan mangsa membina kediaman baharu.

 

Bagaimanapun, Anwar berkata, peruntukkan segera kerajaan pada masa ini hanya berjumlah RM1 bilion.

 

Katanya, berdasarkan pemantauannya sehingga petang semalam, bantuan segera bagi mengatasi kerosakan yang telah dikenalpasti telah mencecah jumlah itu.

 

“Keutamaan segera itu tentulah untuk memperbaiki sekolah, hospital, jalan-jalan asas, selain ganti rugi.

 

“Kita masih tunggu maklumat keseluruhannya secara teliti,.

 

“Sekarang nampak reda sedikit di Kelantan dan Terengganu, tetapi telah membara di Pahang dan diunjurkan Johor akan turut terkesan,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

 

Beliau menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Perdana Menteri jelaskan jumlah bantuan akan diberikan kepada mangsa yang rumahnya tenggelam sepenuhnya.

 

Beliau juga meminta Perdana Menteri memberi jaminan untuk bajet tambahan segera bagi prasarana dan mobilisi di sempadan dengan menaik taraf Jalan Pengkalan Kubir-Jubakar pantai daripada jalan negeri kepada jalan Persekutuan.

 

Mengulas lanjut, Anwar memberi jaminan keperluan segera seperti makanan dan minuman serta kemudahan asas termasuk membaiki jalan-jalan rosak diberikan keutamaan.

 

“Soal menaik taraf jalan negeri ke Persekutuan, itu tentu saya harus tunggu laporan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk kita pertimbang semula,” tambahnya.

 

Menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd isam Mohd Isa, Anwar berkata, mangsa yang mengalami kerosakan kemudahan dan kehilangan haiwan ternakan boleh memohon untuk dapatkan ganti rugi.

 

Katanya, permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jentera kerajaan untuk pertimbangan kerajaan.

 

“Kerajaan tetap akan beri pertimbangan, cuma tidak boleh disegera kerana kena ikut proses dan rekodnya,” tambah beliau.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo