NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fahmi Reza dipanggi polis isu poster satira



Bukit Aman telah memanggil aktivis dan artis grafik Fahmi Reza berhubung poster satira politik yang dimuat naik di Facebook.

Menurut catatan akaun X Fahmi Reza, dia akan bertemu polis di Bukit Aman esok (19 Dis) pada pukul 8 pagi.

“Encik polis, kita jumpa esok!” katanya dalam hantaran bersama dengan tag "satira bukan jenayah" dan "Malaysia Madani".

Dalam catatannya, Fahmi mendedahkan bahawa dia disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Malaysiakini mengesahkan perkara itu dengan peguam Fahmi Rajsurian Pillai, yang akan menemani aktivis itu ke Bukit Aman.

Fahmi tidak mendedahkan poster yang berkaitan siasatan itu.

Bagaimanapun, perkembangan ini hadir sehari selepas dia menyiarkan imej bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dengan wang kertas RM100 di celah-celah giginya. Pada imej itu terdapat teks merah yang menggelar Musa sebagai perasuah nombor satu di Sabah.

Musa baru sahaja dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah dan akan menyandang jawatan itu pada 1 Jan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pindaan kepada Akta Komunikasi dan Muktimedia tidak akan menjenayahkan kandungan satira.

Ini melainkan jika mereka melepasi batasan dan menjadi "sangat menyinggung perasaan", katanya, sambil menambah bahawa pindaan akan menyediakan garis panduan yang jelas untuk penguatkuasaan dan tafsiran kehakiman.

Fahmi sering disiasat selama ini kerana rekaan grafik satira politik.

Pada 2022, dia ditahan semalaman atas dakwaan menghasut kerana beberapa siri karya sindiran berhubung isu #DengkiKe berkaitan isteri Agong sebelum ini.

Seminggu sebelum itu, dia ditangkap kerana menghasut berhubung lukisan watak kartun cimpanzi yang berpakaian mirip sultan.

Pada 2018, dia didenda RM10,000 kerana menyiarkan gambar bekas perdana menteri Najib Razak sebagai badut.



Sumber | Malaysiakini 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo